Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah. Namun, ianya telah dimansuhkan dengan Fatwa yang terbaru, yang mana mengharamkan apa jenis syiah dari diamalkan di Malaysia.
Secara jujurnya kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini. Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung (Taqiyyah) sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet. Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah. Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran. Itu belum lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.
Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri. Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.
Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini. Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.
Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah. Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.
Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.
Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.
Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata. Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.
PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui. Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah. Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?
Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti. Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik. Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.
Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad. Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.
Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil. Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.
2 Comments
Lihatlah di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130730/dn_02/Syiah-Malaysia-sumbang-RM24j, Syiah Malaysia sumbang RM24j?:
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 29 Julai - Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk membina sebuah kompleks serba canggih di wilayah Satun, Thailand sebagai pusat gerakan bagi menyuburkan fahaman itu.
Utusan Malaysia difahamkan kompleks itu pada awalnya dirancang dibina di Gombak, Selangor yang dijangka siap pada September tahun lalu tetapi dibatalkan berikutan permohonan pembinaan ditolak selepas campur tangan pihak berkuasa agama dan keselamatan.
Satun yang bersempadan dengan Perlis dipilih bukan sahaja disebabkan lokasinya berdekatan dengan Malaysia, tetapi pengikut fahaman Syiah di situ semakin berkembang selain tiada halangan untuk menyuburkan fahaman tersebut daripada kerajaan Thailand......
Ulasan saya:
Mana mereka dapat duit sebanyak ini? Jadi, KDN kena bertindak atas perkara yang amat merbahaya ini, juga sebagai strategi PENGHALANG! Bayangkanlah anak-anak Thai Selatan Islam dipengaruh fahaman Syiah ini, jadi umat Islam di Malaysia dan Selatan Thailand akan sampai berbunuh antara Sunni-Syiah, dan MUSUH Islam pun terus ketawa macam Syaitan durjana! Apalagi umat Islam Thai ini sedang merana kerana pemimpin/bijak pandai Islam mereka, terutamanya guru-guru Islam di selatan Thailand ini makin ramai dibunuh oleh PENGGANAS, yang disyaki dari kumpulan “Baju Merah“ dari parti pembangkang UDD yang pro-bekas PM Thailand, bangsa China Thai, Thaksin Shinawatra, yang sekutu kuat Barat-Israel - lihat di lihat di http://www.nst.com.my/latest/south-thailand-ngos-seek-malaysia-s-help-1.329705, South Thailand NGOs seek Malaysia's help, 30 July 2013.
Jadi sebagai negara Islam, kita harus bantu pelarian Islam selatan Thailand ini, dan mana-mana pelarian/imigran Islam termasuk kaum Rohingya. Tengok rejim Cina PAP S'pura, bawa jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian yang diberi kerakyatan dengan mudah untuk MENGECILKAN terus jumlah umat Islam/Melayu Singapura, ditiru dari PENAJAnya, Yahudi Zionis Israel, yang ambil jutaan imigran Yahudi dan Kristian Zionis, untuk MENGECILKAN jumlah umat Islam Palestin – jadi pedulikan hak asasi-demokrasi SAMPAH Barat-Zionis yang si DAPBIAWAK/PKR asyik MELALAK, kalau kita lebih MENGUTAMAKAN mana-mana pelarian/imigran Islam yang miskin dan tertindas!
MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
Anda juga boleh membaca ulasan saya dalam,"Syiah di Malaysia : Satu ancaman keselamatan negara dan akidah Islam".
ReplyDeletehttp://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/syiah-di-malaysia-satu-ancaman.html
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.