
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2013 - Polis sedang giat memburu seorang anggota 'Geng 08 Vinod' yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu dipercayai masih berada di sekitar kawasan hutan Ulu Yam, di sini.
"Kami percaya suspek masih dalam hutan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dalam kejadian semalam, polis menahan tiga daripada empat lelaki dipercayai anggota 'Geng 08 Vinod' selepas kereta dinaiki mereka terbabas apabila cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Sebaik sahaja terbabas, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran, namun tiga suspek berjaya ditahan dengan bantuan unit anjing pengesan.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.