[SIRI PERANGI SYIAH] PERSAMAAN DIANTARA YAHUDI DENGAN SYIAH AR-RAFIDHAH

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : "Bukti persamaan diantara Rafidhah dengan Yahudi itu dapat dilihat dilihat pada :

1.Sesungguhnya orang  Yahudi mengatakan : Tidak sesiapapun boleh yang menjadi raja kecuali dari keluarga Nabi Daud manakala Rafidhah pula berkata : Tidak sesiapapun boleh menjadi Imam kecuali dari anak Ali.

2. Yahudi mengatakan : Tidak ada jihad di jalan Allah sampai keluar Massih al-Dajjal dan diturunkan pedang. Orang Rafidhah mengatakan : Tidak ada jihad di jalan Allah sampai keluar Al Mahdi, dan datangnya penyeru yang menyeru dari langit.

3. Orang Yahudi mengakhirkan (menghabiskan) solat sampai kelihatan bintang bertebaran, begitu juga orang Rafidhah. Mereka menamatkan solat Maghrib sampai bintang-bintang bertebaran, padahal hadis mengatakan : "Senantiasa umatku akan berada di atas  fitrah ini, selama mana mereka tidak mengakhirkan solat Maghrib sampai bintang bertebaran [1].

4. Orang Yahudi telah mengubah taurat, begitu juga orang Rafidhah, mereka telah mengubah Al Quran.

5. Orang Yahudi tidak membenarkan bolehnya mengusap khuf (sepatu kulit yang menutupi kaki), begitu juga orang Rafidhah.

6. Orang Yahudi membenci malaikat Jibril, mereka mengatakan : Malaikat Jibril adalah musuh kita dari kalangan malaikat. Begitu juga orang Rafidhah, mereka mengatakan : Malaikat Jibril telah salah menyampaikan wahyu kepada Muhammad[2].

7. Begitu juga orang Rafidhah meyerupai orang Kristian pada satu ajaran Nasrani iaitu, wanita-wanita mereka tidak memiliki hak  mendapatkan mahar, akan tetapi hanya bersenang-senang dengan mereka dengan kesenangan, begitu juga orang Rafidhah, mereka menikah dengan cara mut'ah, dan mereka menghalalkan itu.

8. Orang Yahudi dan Kristian lebih baik dari orang Rafidhah dengan satu sifat iaitu :

a) Orang yahudi jika ditanya : siapakah orang yang terbaik di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : Sahabat-sahabat Musa.

b) Orang Kristian jika ditanya : siapakah orang yang terbaik di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : Hawari (sahabat-sahabat) Nabi Isa.

c) Orang rafidhah jika ditanya : siapakah orang yang terburuk di kalangan pemeluk agamamu? Mereka menjawab : Sahabat-sahabat Muhammad.”[3]

--------------------------------------------------------------------------------

Rujukan :

[1] Hadit diriwayatkan oleh : Imam Ahmad : 4/147. 5/417, 422, Abu Daud, no : 418, dan Abnu Majah, no : 689, di dalam jawaid dikatakan : sanadnya hasan (baik).

[2] Ada juga suatu kelompok yang mengatakan yang dengan kata-kata yang pelik  iaitu : Sesungguhnya Jibril telah berkhianat, dimana dia menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, sedangkan yang lebih utama dan lebih berhak terhadap risalah adalah Ali bin Abi Thalib. Oleh kerana inilah mereka mengatakan : telah berkhianat Amiin (malaikan jibril) dan ia telah menghalang risalah sampai ke Haidar (Ali).

Wahai saudara semuslimku, bagaimana mungkin mereka menuduh Jibril Alaihi salam telah berkhianat? Sedangkan Allah telah memberikan Jibrail dengan sifat amanah (terpercaya), sebagaimana Allah telah berfirman : Telah dibawa oleh Ruhul Amiin (malaikat Jibril), dan firman-Nya : selalu taat kemudian terpercaya". Apakah yang akan anda katakan wahai kaum Muslim terhadap keyakinan yang diimani oleh orang-orang rafidhah ini?

[3] Minhaajus Sunnah, oleh syeikhul Islam Ibnu Taimiyah : 1/24

Post a Comment

0 Comments