SYAIKH SAALIH AL-FAUZAN NASIHATKAN UMAT ISLAM BERDIAM DIRI ATAU BERCAKAP PERKARA YANG BAIK DALAM ISU PERGOLAKAN DI MESIR


Transliterasi oleh : Jebat 

Soalan : 

Semoga ALLAH meninggikan kebaikan anda. Penyoal bertanya : "Pergolakan sedang berlaku di Mesir dan ianya diketahui oleh tuan. Apakah nasihat tuan kepada kaum Muslimin yang menetap di Mesir dan pelajar yang tinggal di negara berkenaan?"

Jawapan Syaikh Saalih Al-Fawzaan : 

Ini merupakan satu fitnah dan kaum Muslim perlu menjauhi pergolakan tersebut dan menjauhkan diri mereka dari fitnah. Mereka seharusnya bercakap sesuatu yang hanya dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak, yang mana dengan itu akan dapat mematikan fitnah serta mampu mengeluarkan kejahatan ini dari Muslim.

Walaubagaimanapun sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut yakni membawa perdamaian kepada kedua-dua belah pihak yang sedang bertelagah, maka mereka seharusnya menaham diri dari terlibat dalam pergolakan ini dan menjauhi diri daripada fitnah.

Yang tinggal pada mereka adalah doa, sepertimana pintu untuk berdoa sentiasa terbuka. Dia boleh mendoakan kepada kaum muslim di semua tempat, masyarakat Mesir dan selain dari itu, yang mana Allah akan memberikan mereka jalan keluar dan bantuan.

[Makluman : Mungkin akan terdapat pengurangan, penambahan dan kesilapan dalam proses transliterasi ini. Namun kami sedaya upaya berusaha mengekalkan makna asal atau menghampiri makna sebenar apa yang hendak diperkatakan oleh Syaikh yang mulia. Sekiranya terjadi kesilapan dan kesalahan, kami memohon kepada ALLAH Ta'ala agar mengampunkan dosa kami.]

Post a Comment

0 Comments