SYAIKH UBAYD AL-JABIRI MENJAWAB FITNAH AHLUL BID'AH DALAM ISU 'SALAFI MADKHALI'

(Caption gambar : Khabar Gembira buat kaum Muslimin dan Muslimat: al-'Allamah al-Muhaddis Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali -hafizahullah- (pensyarah Kuliah Hadis Universiti Islam Madinah) telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar dan Mufti di Masjid al-Nabawi al-Syarif.)


Transliterasi oleh : Jebat

Dan ini adalah soalan yang lapan, semoga Allah memelihara anda. Soalan : "Terdapat beberapa orang di negara kita yang mencaci Syaikh Rabi 'dan panggilan Salafi Madkhali dan Jaami'i. Bagaimanakah kita hendak bertindak balas terhadap [perkataan] itu.?"

Jawapan Syaikh Al-'Allâmah Ubayd al-Jâbirî :

"Pertama, ianya tidak pelik melihat para pembuat bid'ah ini mencipta [pelbagai panggilan untuk] mencaci orang yang memanggil kepada sunnah dan ulama sunnah. Kaedah ini telah lama mereka gunakan bermula sejak mulanya zaman bid'ah. [Mereka] mengejek sesiapa sahaja yang mengajak kepada Sunnah. Jadi janganlah kalian rasa kagum. Jadi sekiranya anda mendengar ada orang yang memusuhi salah seorang dari ulama Ahlu sunnah, sama ada ianya adalah Syaikh Rabi 'atau lain-lain daripada dia [yakni ulama yang terkenal dengan gerakan sunnah dan memanggil manusia kembali kepada Sunnah] - Maka itulah tanda diri mereka seorang pembuat bid'ah.  

Maka jauhkanlah diri kalian dari mereka dan berlepas dirilah serta pisahkan diri kalian dari mereka. Tidak ada masalah [untuk anda] dalam menasihati mereka kerana dia mungkin telah ditipu mengenainya [ yakni mencela ulama sunnah]. Jika dia menerima nasihat dan meninggalkan perbuatannya, itu tandanya dia mencintai ulama sunnah - [maka dia adalah sebahagian dari kami, dan kami sebahagian dari mereka]. Tetapi jika dia tidak menerima nasihat, maka dia seorang ahlul bid'ah yang sesat. Dan janganlah kamu menyibukkan diri dengannya [melayan kebodohannya]."

Makluman : Terdapat penambahan dan pengurangan kosa kata dalam teks diatas. Tujuan kami melakukan perkara tersebut adalah untuk memudahkan para pembaca terutama sekali warga Malaysia agar dapat memahami teks tersebut dalam piawaian bahasa Melayu Malaysia. Kami semampu dan sedaya mungkin cuba untuk mengekalkan makna asalnya. Namun kami yakin, pastilah terjadi kesilapan dan kesalahan kerana itu adalah sebahagian dari kelemahan manusia. Kami berdoa kepada ALLAH agar kami diampunkan dosa dari kesilapan yang dilakukan. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments