Pengumuman
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk
memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa
beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.
Malah
34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu
2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif
untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.
Sejak
melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang
janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.
Untuk
mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut
iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera
dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera,
memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem
penyampaian perkhidmatan.
Lima
teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran
yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.
Tanpa
perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana
Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai
rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.
Apatah
lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara
mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh
menyaingi mereka.
Kaum
bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau
'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.
Program
terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan
masalah ini.
Antara
34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan
pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta
manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.
Langkah
ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam
perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia
ada.
Lebih
penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada
golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan
perniagaan dengan modal yang kecil.
Ini
seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana
yang kukuh di masa depan.
Rancangan
untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10
bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera
dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.
Antara
langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan
sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang
2020.
Pendidikan
pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda
Bumiputera.
Dengan
peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini
akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan
dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.
Keputusan
bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera
adalah amat diperlukan.
Selama
ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah
mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih
mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.
Dengan
adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks
meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan
lebih rapi dan ketat.
Satu
lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera
(UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda
Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).
Penubuhan
UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu
apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.
Kini
disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha
bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera
tercapai.
Tidak
ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan
memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya
maju.
Apa
yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan
yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang
2020.
Kejayaan
hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan
menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.