Oleh : RPM

Kepada pengundi-pengundi di DUN SUNGAI LIMAU, kami menyeru terutama sekali orang-orang PAS agar 'mengajar' kepimpinan PAS Kedah yang biadap dengan arwah Ustaz Azizan sejurus kekalahan PAS Kedah dalam mempertahankan Kedah dalam PRU13 yang lalu. Berdasarkan tulisan yang ditulis oleh Setiausaha Politik Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Ustaz Azizan telah mengalami tekanan emosi apabila dirinya sering menjadi bahan caci maki dikalangan pemimpin PAS Kedah ekoran kekalahan dalam PRU 13. Luahan itu boleh dibaca disini : http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html

Sepertimana yang kita ketahui, mantan MB Kedah dari PAS ini tidaklah seperti MB-MB atau Ketua Menteri yang mudah dicucuk hidungnya. Disaat kepimpinan PAS pusat bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Trinity meneruskan agenda PERMUSUHAN, arwah Ustaz Azizan mengambil pendirian yang berbeza. Beliau mengambil jalan PERDAMAIAN, malah sejurus mengambil alih pentadbiran Kedah selepas PRU12, beliau telah berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir bagi mendapat pandangan dan pendapat bekas Perdana Menteri Malaysia itu tentang kaedah terbaik untuk memajukan negeri jelapang padi itu. Anda boleh membacanya disini : http://www.sinarharian.com.my/azizan-pernah-jumpa-dr-m-1.206377

Jadi jika diperhatikan, siapakah yang lebih jahat dan berdendam kepada Ustaz Azizan? Adakah pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN atau pemimpin PAS itu sendiri? Malah sewaktu jenazah arwah Ustaz Azizan dikebumikan, tidak nampak bayang pun seorang pun pemimpin DAP dari PAKATAN TRINITY yang hadir.... Apakah tandanya itu? Malah Presiden PKR sendiri pun GAGAL menghadiri jenazah arwah ketika arwah hendak dikebumikan.

Jadi adakah ini balasan yang diterima oleh Ustaz Azizan setelah PRK13 yang lalu dari puak-puak PAKATAN TRINITY ini? Kepada warga DUN SUNGAI LIMAU.... AYUH!!! HIJRAH!!! Lakukan undi PROTES ANDA.... Agar ianya menjadi 'PENGAJARAN' kepada pemimpin PAS KEDAH agar menghormati tokoh kesayangan anda!!!! Baca laporan kami kenapa Ustaz Azizan dibenci oleh kepimpinan DAP dan PKR juga segelintir kelompok ANWARINAS disini : http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/09/kenapa-azizan-dibenci-oleh-pemimpin-pkr.html#axzz2ihKMs5YA JADI KEPADA PENGUNDI SUNGAI LIMAU!!! JOM UBAH!!! INI KALI LAH!!!