Oleh : AJ
Wahabi? Apa itu Wahabi? Siapa itu Wahabi? Apa ajaran mereka? Apa yang mereka buat?
Berikut merupakan tulisan Prof. Dr. Hamka dari salah satu bukunya yang bertajuk “Dari Perbendaharaan Lama”[1] , di mana beliau ada membicarakan mengenai Wahabi. [2][3]
Mari kita baca hasil tulisan Hamka yang berikut ini berikut ini : Beliau menulis[4] :
“Pada zaman Amangkurat IV, dengan kehendak Belanda, diusirlah beberapa Mubaligh Wahabi yang datang ke Jawa yang hendak mengajarkan ISLAM YANG BERSIH kepada penduduk. Bahkan Amangkurat sendiri pun tertarik pada ajaran itu. Begitu pun keturunannya Pangeran Abdul Hamid Diponegoro, terang-terang hendak mendirikan Kerajaan Islam, dengan beliau sendiri menjadi Amirul Mukminin di Tanah Jawa. Beliau menggantikan pakaian Jawa Lama dengan jubah dan serban. Maksud [Impian] beliau nescaya akan berhasil, seandainya Kompeni [Belanda] tidak campur tangan.”[5]
Di halaman 62 beliau [Hamka] menulis tentang Tuanku Imam Bonjol [6] :
“Dia mencampungkan[melibatkan] diri ke dalam gerakan [memerangi] Paderi, setelah sampai seruan Tuanku Nan Renceh dari Kamang ke Bonjol. Dan Tuanku Nan Renceh menerima pula pelajaran itu daripada tiga Tuanku yang pulang dari Makkah, membawa pokok pelajaran Tauhid yang suci bersih, menurut pandangan Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahabi).”[7]
Di halaman 96 beliau[Hamka] menulis[8] :
“Ketakutan Belanda itu bertambah lagi kerana pada abad ke 19 sudah datang gerakan agama ISLAM yang langsung dari Makkah, menggerakkan umat Islam dan membangkitkan semangat Tauhid di alam Minangkabau.
Belanda lebih tahu daripada orang Minangkabau sendiri apa ertinya Islam yang murni. Belanda telah mendapatkan nasihat dari ahli-ahli Orientalis mengenai [bahayanya] semangat ISLAM yang tulen. Melihat bahawa kemajuan gerakan ISLAM yang timbul di Padang Darat itu akan sangat berbahaya bagi rencana [Belanda] menakluki seluruh Sumatera. Belanda telah pun mengetahui bahawa gerakan 'Wahabi' di Tanah Arab telah menjalar ke Minangkabau itu, boleh membakar dan menghanguskan segala rencana penjajahan mereka. Bukan sahaja di Minangkabau atau Sumatera, bahkan di seluruh Nusantara ini.”[9]
Rujuk :
1. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” karya Prof. Dr. Hamka, certakan III, Penerbit Pustaka Panjimas.
2. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” adalah buku yang bertemakan sejarah. Di beberapa tempat di dalam buku ini, Buya Hamka membahas tentang wahabi.
3. Di zaman kita ini, kata “wahabi” adalah julukan bagi kaum muslimin yang berpegang teguh kepada al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush-Shalih. “Wahabi” adalah julukan yang diberikan kepada kaum muslimin yang mendakwahkan tauhid, melarang kesyirikan, mengajak kepada sunnah, anti kepada bid’ah.
4. Buku “Dari Perbendaharaan Lama” halaman 34.
5. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.
6. Buku “Dari Perbendaharaan Lama”.
7. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.
8. Buku “Dari Perbendaharaan Lama”.
9. Sampai di sini tulisan Buya Hamka.
3 Comments
sejarah patut dibaca diketahui...
ReplyDeleteBetul apa yg paridah cakap tu
ReplyDeletelos angeles clippers jerseys
ReplyDeletenike air max
the north face outlet
blackhawks jersey
celtics jersey
juicy couture outlet
warriors jerseys
gucci outlet
saints jerseys
mizuno running
nike free
ralph lauren uk
michael kors handbags
wedding dresses
hermes bags
supra sneakers
coach outlet online
michael jordan jersey
philadelphia eagles jerseys
nike air max 2015
vans for sale
nike air max uk
tory burch outlet online
coach outlet canada
broncos jerseys
north face jackets
heat jersey
nike free uk
futbol baratas
camisetas futbol baratas
michael kors outlet uk
yongri0707
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.