AKSI PENGEBOMAN DI SELATAN THAI BAKAL 'TERJADI' DI KL?

Oleh : AJ

Sejak dua menjak ini, kita seringkali mendengar berita mengenai letupan yang berlaku di kawasan majoriti Muslim di Selatan Thai. Dan sehingga kini tidak diketahui siapa penyerangnya. Namun apa yang membimbangkan kami adakah 'tragedi pengeboman' di Selatan Thai ini sampai ke Kuala Lumpur? 

Di ruangan maya kini tersebar 'pintasan' e-mail yang menyasarkan 'aksi letupan' bakal terjadi di Kuala Lumpur menjelang sambutan tahun baru. Berdasarkan maklumat email berkenaan, beberapa lokasi tumpuan orang ramai akan menjadi 'sasaran letupan'. Antaranya :

(1) Persimpangan lampu isyarat SOGO
(2) Persimpangan lampu isyarat Puduraya
(3) Bulatan berhampiran Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur
(4) LRT Masjid Jamek
(5) Stesen Komuter Bank Negara.

Berdasarkan email tersebut, ternyata kelima-lima lokasi ini merupakan lokasi berhampiran berkenaan berhampiran dengan Dataran Merdeka. Dipihak kami, adalah diharapkan agar pihak berkuasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi membendung kejadian ini dari terjadi. Lakukanlah tangkapan sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan pembaca, kami ingin menasihatkan agar kalian semua duduk di rumah pada malam tahun baru masihi. Tak usahlah buang masa turun ke lokasi-lokasi khusus bagi menyambut tahun baru. Ada baik luangkan masa yang ada itu dengan membaca Al-Quran. Kepada mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester, penuhilah perpustaakaan dan masa yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Tak payah buang masa berdemo dan mengikut kumpulan mahasewel pointer paras hidung berdemo pada malam tersebut.

Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada fitnah ini.

Post a Comment

0 Comments