Oleh : Beruang Biru
Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.
Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.
Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.
Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.
Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.
Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.
Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.
Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.
Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.
Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.
Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.
Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.
PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.
Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.
Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.
Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.
Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.
Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.
Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.
Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.
Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.
Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.
Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.
Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.
Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.
Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.
Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas.
Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.