Oleh : AJ
Nampaknya puak-puak yang "berguling-guling macam tenggiling" tatkala malam tahun baru masihi bukan main panas hati dengan S.S Mufti Perak, Harussani ekoran kenyataan Mufti berkenaan yang menggelarkan kumpulan ini sebagai "Bughah" sekaligus meletakkan status darah mereka adalah halal untuk dibunuh.
Antara yang terkesan dengan "kenyataan" tersebut adalah kumpulan Jingga 13, Dewan Ulama PAS, yang pantas memberikan respon dari kenyataan Harussani.
Memetik kenyataan dari Harakah, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan,"
Penulis tidak mahu berbicara panjang, kerana yang pasti Harussani ada hujjahnya yang tersendiri. Namun dalam masa yang sama penulis juga hendak bertanya kepada Dewan Ulama PAS Pusat, dimanakah suara kritikan mereka tatkala Nurul Izzah membuat kenyataan yang menyokong aktiviti pemurtadan dikalangan umat Melayu Islam sebelum PRU13? Dan dimana pula kenyataan Dewan Ulama PAS ketika Timbalan Presiden PAS secara terang-terangan menyokong Syiah Bashar Al-Assad?
Kepada Dewan Ulama PAS, jangan bersikap "Double Standard". Ketika kenyataan songsang keluar dari kumpulan anda, anda diam dan tidak berkata-kata. Namun bila pihak lain yang mengeluar kenyataan dan anda terasa, macam anjing kepanasan anda memberikan respon. Kepada PAS, Jangan hanya melihat diri kumpulan anda sahaja yang betul. Muhasabahlah. Cuba fikirkan, kenapa selama PAS wujud, ALLAH masih tidak memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir Malaysia. Dan fikirkanlah KENAPA dan MENGAPA PAS masih gagal menggantikan UMNO sebaliknya PAS dimakan sedikit demi sedikit oleh DAP dan PKR.
Rujukan :
http://beta.malaysiakini.com/news/250701
http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/lain-lain-kenyataan/2164-fatwa-harussani-songsang-menyesatkan-dewan-ulamak
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2014/01/jingga13-buat-laporan-polis-harussani.html
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.