BILA 'BACKUP SINGER' @drmazacom @realDrMAZA BERHUJAHKAN GAMBAR DARI KATALOG

Oleh : AJ

Nampaknya isu MAZA memfitnah kerajaan masih belum reda. Terbaru 'ADMIN MAZA'....Baca betul-betul... ADMIN MAZA mempostingkan jawapan terhadap Fitnah yang dilemparkan pada tempoh hari.

Walaupun dari segi teknik penafiannya agak menarik. Namun sepanjang artikel tersebut, didapati yang jadi 'backup' MAZA tidak mahu mengakui adakah gambar yang terpapar di FB Dr.MAZA.com adalah gambar realiti pesawat tersebut. Namun sebaliknya, kelihatan si penulis cuba memesongkan masyarakat dengan fakta yang sudah dijelaskan oleh Pejabat Perdana Menteri tempoh hari. Malah hujjah yang dikemukakan sekadar menyalin semula hujjah yangd dikemukakan oleh blogger RockyBru dan BigDog. Namun begitu masih ada beberapa kelompangan yang masih boleh dikesan dari aspek pendakwaan ADMIN MAZA. Antaranya :

1. Kenapa Admin MAZA tergesa-gesa membuat permohonan maaf sejurus mereka dikantoikan? Malah Admin MAZA tidak menjawab 'kekantoian' dengan dengan 'Fakta' yang seharusnya mereka sudah ada sebelum membuat pendakwaan. Sebaliknya lebih mudah memohon maaf (bukan kepada yang kena fitnah, sebaliknya kepada Dr. Maza dan followersnya). Ini menunjukkan bahawa MAZA atau ADMIN MAZA sendiri sebenarnya tidak mengetahui IMEJ DALAMAN yang sebenar mengenai kapal terbang tersebut. Dalam erti kata lain, MAZA menulis tanpa 'Tabbayun' (Mencari kebenaran) terlebih dahulu.

2. Kedua, sejauh mana imej di dalam katalog berkenaan adalah serupa dengan apa yang disewa oleh Kerajaan Malaysia?? Ini kerana IMEJ dalam Katalog tidak semestinya gambaran yang sebenar mengenai apa yang terdapat dalam kapal terbang tersebut.

Sedangkan IKEA, sebuah konglomerat hiasan dalaman terbesar pun menggunakan teknik pengubahsuaian digital bagi menampakkan 'imej' cantik dalam setiap produk yang dipasarkan. Inikan pula katalog untuk kapal terbang.

Apapun Hujjah yang dibentangkan oleh 'ADMIN MAZA' tidaklah sekukuh mana ekoran mereka tidak menampilkan sebarang bukti yang jelas dan sahih yang ada dalam simpanan mereka. Mereka hanya bercakap bersandarkan hujjah persepsi. Malah imej yang ditampilkan pun hanyalah yang terdapat di dalam katalog syarikat pesawat berkenaan. Apa yang pasti, ADMIN MAZA sudah mencipta satu fitnah demi kepentingan peribadi.

Jadi kepada ADMIN MAZA, HUJJAH KATALOG tak boleh dijadikan sandaran.

P.S : MAZA... Hang bergambaq dengan sapa kat Menara Yayasan Sabah, Ramadhan Tahun Lepas?

Rujukan :

http://gizmodo.com/5937803/ikea-uses-fake-digitally-created-rooms-inside-its-catalog
http://fstoppers.com/are-the-interior-photographers-days-numbered-ikea-says-yes

Post a Comment

1 Comments

  1. blog Aku Peduli Apa ada menJAWAB isu ini...try usha n lihat ke sana.....aku melihat isu ni dr bbrp perspektif sbg rakyat BIASA:
    1) Tak boleh ke kurangkan perjalanan ke luar negara utk menJIMATkan wang negara atau
    2) Hanya bawa yg BERKENAAN saja dlm urusan negara, yg lain2 duk rumah dah la....ni menambah KOS utk tanggung yg TAK BERKENAAN...bukannya boleh tambah pelaburan kalau bwk yg tak berkenaan ni....makan, hotel semua kena tanggung, belum lg body guard, jln2 etc...memBAZIR sedangkan rakyat diminta berJIMAT
    3) Takda syarikat penerbangan alternatif yg lebih murah ke?
    4) Admin MAZA menipu bila menggunakan nama Dr. Maza seolah2 Dr. Maza KATA KERAJAAN BELI JET MEWAH BARU dlm keadaan negara dah mula kering duit.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.