POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI COMANGO @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA

Tarikh : 8 Januari 2014

Dengan ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Coalition Of Malaysian NGOs In The UPR Process (COMANGO) adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar.

Antara matlamat pertubuhan berkenaan antara lain ialah memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Agama Islam iaitu SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

COMANGO adalah sebuah gabungan pertubuhan NGO Malaysia yang telah menghantar laporannya ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Geneva yang  berlangsung setiap empat (4) tahun sekali (kali pertama pada tahun 2009).

Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.

Sebanyak lima puluh empat (54) buah pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah COMANGO, hanya lima belas (15) pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) (seperti di lampiran).

 Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen  41(1) (b).

COMANGO dengan itu merupakan sebuah pertubuhan HARAM.

KDN, 8 Jan 2014

##############

Lampiran A

PERTUBUHAN (NGO) YANG BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966


  1. PERSATUAN KESEDARAN KOMUNITI SELANGOR (EMPOWER)
  2. EDUCATION AND RESEARCH ASSOCIATION FOR CONSUMERS MALAYSIA (ERA CONSUMER)
  3. ALL PETALING JAYA, SELANGOR RESIDENTS ASSOCIATION (APAC)
  4. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY KUALA LUMPUR & SELANGOR (AWAM)
  5. ASSOCIATION OF WOMEN WITH DISABILITIES MALAYSIA
  6. COALITION TO ABOLISH MODERN DAY SLAVERY IN ASIA (CAMSA)
  7. SOCIETY FOR RIGHTS OF INDIGENOUS PEOPLE OF SARAWAK)(SCRIPS)
  8. GOOD SHEPHERD WELFARE CENTRE
  9. MALAYSIAN PHYSICIANS FOR SOCIAL RESPONSIBILITY
  10. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PERMAS)
  11. PERAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY
  12. SAHABAT WANITA SELANGOR
  13. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
  14. WOMEN’S AID ORGANISATION, MALAYSIA (WAO)
  15. KUALA LUMPUR AND SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL

##############

Lampiran B


PERTUBUHAN (NGO) YANG TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966

  1. AMNESTY INTERNATIONAL, MALAYSIA
  2. ASEAN INSTITUTE FOR EARLY CHILDHOOD DEVELOPMENT,ASSOCIATION OF WOMEN’S LAWYERS (AWL)
  3. CENTRE FOR INDEPENDENT JOURNALISM (CIJ)
  4. CHILDLINE MALAYSIA
  5. CHRISTIAN FEDERATION MALAYSIA
  6. COMMUNITY ACTION NETWORK (CAN)
  7. DIGNITY INTERNATIONAL
  8. FOREIGN SPOUSES SUPPORT GROUP
  9. HEALTH EQUITY INITIATIVES
  10. JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA (JKOASM)
  11. JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
  12. JUSTICE FOR SISTERSPUSAT KOMUNIKASI SELANGOR (KOMAS)
  13. KNOWLEDGE AND RIGHTS WITH YOUNG PEOPLE THROUGH SAFER SPACES (KRYSS)
  14. KLSCAH CIVIL RIGHTS COMMITTEE
  15. LAND EMPOWERMENT ANIMALS PEOPLE (LEAP)
  16. MALAYSIANS AGAINST DEATH PENALTY AND TORTURE (MADPET)
  17. MALAYSIA CHILD RESOURCE INSTITUTE (MCRI)
  18. MALAYSIA YOUTH & STUDENT DEMOCRATIC MOVEMENT (DEMA)
  19. MIGRATION WORKING GROUP (MWG)
  20. PANGGAU
  21. PS THE CHILDREN
  22. PI FOUNDATION
  23. PEOPLE’S SERVICE ORGANISATION (PSO)
  24. SEKSUALITI MERDEKA
  25. PERSATUAN GURU-GURU TADIKA SEMENANJUNG MALAYSIA (PGGT)
  26. PERSATUAN KOMUNITI PRIHATIN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
  27. RAINBOW GENDERS SOCIETY
  28. SOUTHEAST ASIAN CENTRE FOR E-MEDIA (SEACem)
  29. SINUI PAI NANEK SENGIK (SPNS)
  30. SIS FORUM (MALAYSIA) BHD (SIS)
  31. TENAGANITA
  32. VOICE OF THE CHILDREN (VOC)
  33. WRITERS’ ALLIANCE FOR MEDIA INDEPENDENCE (WAMI)
  34. WOMEN CENTRE FOR CHANGE, PENANG (WCC)
  35. YAYASAN CHOW KIT
  36. YOUNG BUDDHIST ASSOCIATION YOUTH SECTION
  37. CHILD RIGHT COALITION MALAYSIA (CRCM)
Sumber : http://portal.ikdn.gov.my/2014/01/kenyataan-media-ketua-setiausaha-mengenai-comango/

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.