PENGUMUMAN PENTING DARI EDUCATION MALAYSIA MESIR : PENGEBOMAN DI ATABAH DOWNTOWN

Assalamualaikum wbt

Pengumuman Penting kepada Mahasiswa/ mahasiswi 

Dari sumber Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dari maklumat yang diperolehi telah berlaku letupan bom di Atabah Down Town, bahagian atas stesen keretapi Dokki & kawasan Giza pagi ini. Dijangkakan akan berlaku demontrasi besar-besaran di Masjid As-Salam, Hayyu 10 selepas Solat Jumaat ini. Diminta pelajar agar menjauhi kawasan-kawasan ini & bersolat di masjid lain untuk tujuan keselamatan. 

TYT Duta Besar Malaysia Ke Mesir Dato Ku Jaafar Ku Shaari telah menyatakan dalam khidmat pesanan ringkas sebentar tadi menyatakan : "Peringatan ini hendaklah dipatuhi oleh pelajar-pelajar supaya tidak keluar ke mana-mana hari ini dan esok- Jumaat &Sabtu (24-25 Januari 2014)."

25 Januari adalah hari rakyat Mesir memperingati Hari Revolusi dan diisytiharkan sebagai cuti umum.

Bagi manjaga keselamatan dan mengelak dari sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku, pelajar-pelajar dinasihatkan menangguhkan lawatan ke Book Fair.

Di minta semua agar mengelak dari lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung kerana berkemungkinan boleh menjadi sasaran.

Sumber : Education Malaysia Egypt

Post a Comment

0 Comments