MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE
Tuan/puan,
JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.
Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,00.00 bagi kesalahan pertama.
Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.
Sekian, terima kasih.
Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014
Laman web syarikat : https://www.iphytoscience.com/eng/doublestemcell.asp
5 Comments
BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA...bukan bermakna produk itu Haram.patutnya JAKIM kena sahkan dgn syarikat tersebut.kadang2 syarikat itu hanya pengedar bukan pengilang.Jgn kelirukan org ramai dgn mengeluarkan statement.
ReplyDeleteTAPI KENAPA COMPANY PHYTO MEMALSUKAN SIJIL HALAL??? KALAU BETUL HALAL APPLY AJE LA SIJIL TU?? ITU PERSOALANNYA.....SEKARANG GUNA LOGO HALAL IFANCA INTERNATIONAL...DAH CHECK KAT WEBSITE IFANCA TAKDE PULAK PRODUK MAHUPUN COMPANY DALAM LIST HALAL IFANCA...
ReplyDeleteitu kita serah pd JAKIM utk menyiasat..samada Phyto memalsukan sijil halal @ syarikat itu hanya pengedar bukan pengeluar/pengilang produk tersebut.
ReplyDeleteAssalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..
ReplyDeleteBersabarlah, bersabar. Apa masalah orang kita ni? Tunggulah JAKIM buat siasatan dulu. Hanya kerana ada sorang Doctor (si Ibrahim Abd Aziz) mempertikaikan DSC pun dah goyah iman. Itu belum lagi saya tanya orang melayu, kenapa dalam Quran engkau orang guna perkataan "Kami"? Ada Tuhan lebih dari satu ke? Takkan bila saya tanya yang itu, orang Melayu dah mengelabah dah. Ini semua kerana KURANG ILMU! Bila kurang ilmu, bila orang tanya pelik sikit soalan dia, dah jatuh keliru tertonggeng. Doctor tu pun tanya fasal research orang. Apa hak dia? Nak curi formula ke? Lepas tu apply formula tu pada syarikat sendiri. Doktor tiada HAK untuk tanya kajian pembuat DSC tu. Dr. Zullie tu, yang pembuat DSC tu dah buat research BERTAHUN. Bukan beberapa bulan lepas je. Kalau nak tanya dan pertikai sangat, pertikaikanlah kenapa ROKOK tidak diharamkan di Malaysia? Benda tu JELAS HARAM dan diharamkan SOLID oleh Fatwa. Semua ulama setuju, rokok haram. Tak percaya? Tengoklah laman web fatwa. Ada ke Mazidul dan yang lain tu nak personalkan fasal ROKOK ni? Dulu Subway pun guna logo halal palsu dulu. Masuk surat khabar, orang Melayu pergi makan juga berduyun2 masuk. Subway dapat logo halal yang sah selepas beberapa bulan.
ReplyDeleteTunggulah kejap JAKIM. Itu belum kasino yang masih berleluasa di sekitar Malaysia yang jelas haram dah bertahun dah!
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.