Rasulullah saw bersabda : ”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat.” (HR at-Tirmidzi).
Oleh : AJ
Jika naik kancil pun boleh sampai Kuala Lumpur dari Penang
Tapi kenapa si dia tak naik kancil sebaliknya naik Camry?
Kalau dia naik Camry pun boleh sampai Kuala Lumpur dari Penang.
Tapi kenapa dia tak naik Camry tetapi naik kapal terbang ke Kuala Lumpur?
Apa yang menjadi penyebab memilih kaedah yang berbeza untuk lokasi yang sama?
a) Kos kewangan
b) Penjimatan Masa
Masing-masing ada pro dan kontranya. Begitu juga menggunakan pesawat persendirian dengan pesawat komersial. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Namun pastinya setiap individu itu mempunyai justifikasi mengapa mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.
Aspek positif yang boleh dilihat dengan penggunaan pesawat penerbangan awam.
1. Menjimatkan kos. Ini kerana seseorang individu itu tidak menyewa kapal terbang sebaliknya membeli tiket yang mana kos penyewaan kapal terbang itu ditampung secara bersama dengan penumpang yang lain.
Kontranya pula :
1. Pembeli tiket penerbangan terpaksa menyusun jadual mereka bagi memastikan tarikh penerbangan sama dengan kehendak mereka.
2. Terpaksa beratur menunggu giliran untuk masuk ke pesawat
3. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.
4. Tidak boleh membawa muatan yang berlebihan. (Akan dikenakan bayaran tambahan jika seseorang penumpang membawa muatan berlebihan dari kuota yang ditetapkan)
5. Berhadapan dengan kelewatan atau pembatalan jadual penerbangan
6. Tempat duduk ditetapkan.
7. Jika ada orang yang mahu mensabotaj anda, mereka sudah mengetahui bilakah anda akan sampai ke lokasi yang anda tujui.
8. Jika terjadi kecemasan dan sekiranya anda diluar negara, anda tidak boleh pulang ke tanah air anda 'on the spot' sebaliknya terpaksa menunggu jadual penerbangan yang berikutnya, yang barangkali hanya kosong pada minggu hadapan.
Dari Aspek positif pesawat persendirian :
1. Tidak perlu membeli tiket penerbangan sebab anda telahpun menyewa kapal terbang berkenaan.
2. Anda menentukan bila tarikh dan waktu untuk terbang
3. Perbincangan rahsia dapat dilakukan secara tertutup (Ekoran yang naik pesawat bersama-sama anda pastinya insan yang telah terpilih)
4. Tidak berhadapan dengan masalah membawa muatan berlebihan
5. Tidak perlu menunggu giliran masuk ke dalam pesawat
6. Anda boleh duduk dimana-mana sahaja di dalam pesawat tersebut.
7. Anda boleh meninggalkan lokasi tanpa perlu menunggu jadual penerbangan. Kerana anda adalah 'commander in chief'
Kontranya pula :
1. Anda bukan sahaja terpaksa membayar kos pesawat, sebaliknya krew dan anak kapal yang terlibat.
2. Anda perlu membayar kos parking pesawat, pengisian bahan api, pembersihan dan lain-lain lagi.
Dalam apa juga tindakan dan keputusan, pasti berlaku kebaikan dan keburukan. Ini adalah lumrah manusia. Marilah kita melihat kepada contoh kes.
Contoh KES 1 :
Admin MAZA ada urusan yang super duper penting dan perlu berada di KL pada jam 9.00pagi. Dan orang yang hendak ditemui itu adalah seorang warga JEPUN yang kebetulan akan pulang ke Jepun pada jam 11 Pagi. Dari Penang Admin MAZA menganggarkan beliau akan sampai ke KL dalam sekitar 9.00 pagi. Pada Jam 8 pagi beliau telah pun berada di airport Bayan Lepas. Tiba-tiba beliau dimaklumkan oleh anak kapal di kaunter bahawa penerbangan dilewatkan sehingga 11 pagi.
Apakah persepsi dan pandangan orang JEPUN itu kepadanya ekoran kelewatan dan tidak menepati janji?
Lagi satu, dah nama pun pinjam.Pastinya syarikat yang membuat perkhidmatan penyewaan mahukan keuntungan. Tidak ada mana-mana syarikat yang memberikan khidmat sewa hatta sewa kereta yang menghilangkan komponen penting dalam kenderaannya demi memenuhi tuntutan penyewa. Sebaliknya sudah menjadi tradisi, pemberi sewa akan memberikan pakej-pakej tertentu kepada penyewa sebagai pilihan. Samalah juga dalam kes jet yang disewa oleh Kerajaan Malaysia. Kos berkenaan adalah kos sewaan dan bukannya kos penyelenggaraan.
Mari kita kaji KES 2 :
SEWA KANCIL
Penyewa : Tuan... Bolehkah tuan menyewakan saya sebuah kancil?
Tuan Kereta : Boleh. RM 45 sejam. RM 80 untuk 3 jam. RM 150 untuk sehari.
Penyewa : Boleh tak mintak kurang sikit.
Tuan Kereta : Boleh... Berapa hari nak pakai.
Penyewa : 2 Hari
Tuan Kereta : Saya bagi you RM250
Penyewa : Tak boleh kurang lagi ke bang?
Tuan Kereta : Dah kurang dah tu dik. Kereta ni pun abang servis selalu.
Penyewa : Kalau saya tolak kerusi, tolak head light, tolak cermin belakang, tolak cermin sisi, tak pakai air-cond, tak pakai tayar, tak pakai insuren, tak pakai cukai jalan... berapa bang???
Tuan Kereta : Pangg!!!!!..... [Satu penampar hinggap ke budak tersebut]
Penyewa : Kenapa abang lempang saya?
Tuan Kereta : Itu pakej sekali laa bodoh.... Mana ada orang sewa body kereta jer....
Mudah bukan? Kadangkala nak faham isu ini tak perlu ambil PHD (P/S : hatta yang spesis PHD JAYYID JIDDAN ni pun bengap nak fahamkan isu). Cukup sekadar berfikiran matang, rasional dan waras. Apapun kenyataan kami ini adalah HAMPIR PASTI TAK SALAH.
Bacaan selanjutnya :
2 Comments
hahaha.....sebab tu ASBAB isu nama Allah nak diGUNAkan extremist Kristian di Semenanjung, depa tak paham2.....org kata LURUS BENDUL atau BUAT2 BODOH
ReplyDeleteMemang bodo sejak azali, nak kate ape dgn puak2 ni..bab cari kesalahan orang lain no. wahid....juara..kunun hebat... Menang sorak kampung tergadai....
DeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.