VC UiTM @datosahol MENJAWAB ISU-ISU BERBANGKIT DI DALAM FACEBOOK MENGENAI KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM SESI 2 2013/2014 (PENGAMBILAN MAC 2014)

Oleh : Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)

1. Saya gagal mendapat tempat untuk meneruskan pengajian saya di UiTM, apa perlu saya lakukan?

Jawapan :

a. Rayuan secara online akan dibuka bermula 6 Februari 2014 sehingga 13 Februari 2014 melalui online.uitm.edu.my.

b. Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan tempat pengajian, rayuan secara online sahaja dibenarkan. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad. SEBARANG SURAT MENYURAT TIDAK AKAN DILAYAN

c. Anda juga dinasihatkan untuk memohon bagi kemasukan ke Sesi 1 2014/2015 (pengambilan September 2014) melalui upu.moe.gov.my yang dibuka permohonannya bermula 20 Januari 2014 hingga 7 April 2014.

d. Program PJJ melalui INED (ined.uitm.edu.my) dgn diberi pengecualian TANPA PERLU SYARAT TELAH BERKERJA 

e. Mohon terus ke politeknik PROGRAM IJAZAH BUSINESS SHJ kerana uitm telah melaksanakan mou bersama.

2. Apakah langkah-langkah yang patut saya ambil untuk pertukaran program?

Jawapan :

Senat telah memutuskan sebarang rayuan pertukaran program dan kampus tidak dibenarkan. Jika tidak bersetuju dengan tawaran calon boleh memohon untuk sesi seterusnya. 

3. Saya sedang belajar di IPTA lain, tetapi saya ingin meneruskan pengajian ke UiTM?

Jawapan :

Tawaran ke IPTA adalah amat terhad dan hanya satu tawaran sahaja boleh diterima oleh calon. Mana-mana IPTA tidak dibenarkan mencuri calon yang telah berjayadan sedang dalam pengajian di IPTA lain

4. Saya telah mendapat tawaran di UiTM Sarawak/Sabah, boleh tak kalau saya nak tukar ke UiTM cawangan Semenanjung?

Jawapan :

Tawaran kekal di Sarawak/Sabah. Keputusan Senat. UiTM menerima beribu rayuan tukar kampus dan program.

5. Saya pelajar Asasi, mendapat CGPA yg baik dengan keputusan MUET Band 3, boleh atau tidak saya merayu ke program Sarjana Muda Undang-Undang?

Jawapan :

Calon perlu menepati syarat kelayakan program Sarjana Muda Undang-Undang semasa proses permohonan dibuat. Syarat yang ditetapkan adalah dengan mendapat CGPA 3.00 keatas dan MUET Band 4 keatas.

6. Saya merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan, dan ingin memohon ke Sarjana Muda, apa yang boleh saya lakukan?

Jawapan :

Proses e-rayuan perlu dilakukan dahulu di www.online.uitm.edu.my. Keputusan akan dikeluarkan pada 13 Mac 2014.

Alternatif lain – mohon program PJJ yang mempunyai pelbagai program di iNED dgn syarat baru dibuka kepada yang tidak bekerja.

7. Saya ,bekas pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, ingin meneruskan pengajian ke Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, walau bagaimanpun, saya telah ditawarkan ke kursus Sarjana Muda Ukur Bahan, bolehkan saya merayu untuk kembali ke kursus kejuruteraan?

Jawapan :

Tiada pertukaran program, jika tidak bersetuju saudara boleh memohon untuk Pengambilan Sesi yang akan datang .

8. Bila keputusan Rayuan ke UiTM akan di keluarkan?

Jawapan :

Keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 13 Mac 2014.

Post a Comment

0 Comments