Oleh : Jebat
Isu perletakkan jawatan Perdana Menteri Korea Selatan sejurus insiden feri karam telah menimbulkan semacam keterujaan 'luar tabii' dikalangan penganut pakatan yang mahukan Perdana Menteri Malaysia turut sama mengikut jejak langkah orang yang tidak beriman kepada Allah.
Mungkin dikalangan penganut pakatan ini terlupa, bahawa sebagai seorang Islam, Najib mempercayai tentang wujudnya Qada' dan Qadar ALLAH. Maka dengan itu kita lihat, beliau tidak terburu-buru dalam bertindak. Dan perkara ini sudahpun dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W yang tidak meletakkan jawatan sebagai Nabi, Rasul dan Panglima Perang, sejurus kekalahan kaum Muslimin dalam Peperangan Uhud.
Nabi tidak mengambil sikap berlepas tangan begitu sahaja tatkala umat Islam masih terumbang ambing dan kemurungan tatkala kekalahan yang mereka hadapi. Sebaliknya kekalahan yang dihadapi itu digunakan oleh Rasulullah untuk mengkaji kelemahan dan memperbaiki setiap 'kelompangan' yang wujud dalam organisasinya. Malah Nabi S.A.W pastinya lebih memahami apa itu Qada dan Qadar ALLAH.
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi ALLAH telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 Surah An-Nisa’: yang bermaksud: “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.”
Jadinya, sekiranya setiap kali berlaku insiden atau isu-isu tertentu yang memerlukan seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan, maka beberapa isu ini juga perlu diberikan perhatian ;
1. Selangor takde air..... kenapa MB tak letak jawatan?
2. PR kalah dalam PRU13, kenapa Anwar tak letak jawatan?
3. Anwar gagal tangani kemelut kewangan pada tahun 1997, kenapa tak letak jawatan? (Fakta : Anwar dipecat dan bukannya dia meletakkan jawatan)
4. Usul Dewan Ulama PAS ditolak,kenapa Ulama PAS tak letak jawatan?
5. Anwar tak jadi MB (Kajang Move)...kenapa Rafizi tak letak jawatan?
6. Dr. Wan Azizah gagal tunjuk jam omega suaminya dihadapan wartawan, kenapa tak letak jawatan?
7. Karpal Singh gagal buktikan Anwar peliwat sepertimana kenyataan beliau pada tahun 1997 di parlimen, kenapa dia tak letak jawatan?
8. PAS kalah di Kedah dan gagal rampas Perak, kenapa seluruh jawatankuasa PAS negeri-negeri berkenaan tak letak jawatan?
Jika disebabkan satu-satu perkara yang berlaku ini memerlukan seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan, maka yang pernah berjanji akan meletakkan jawatan dan berundur sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13 itulah seharusnya terlebih dahulu melakukan aksi sedemikian.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.