Oleh : K. Ramanathan
Ini satu doktrin serta amalan pengasingan yang berasaskan ras atau perkauman seperti diperkenalkan di Afrika Selatan. Permulaan dasar ini dapat dikesan semasa kempen pilihanraya di Afrika pada tahun 1948. Walaupun pengasingan masyarakat yang berasaskan ras sudah lebih awal diperkenalkan dan diperkuatkuasakan, Parti Nasional sahajalah yang mengistiharkan dasar Apartheid yang terus diperkuatkuasakan hingga hari ini. Mereka berpendapat bahawa hanya dengan mengasingkan masyarakat kulit putih dan kulit hitam sahaja mereka dapat menjamin 'tamadun putih' (White Civilization) di Afrika Selatan. Penyokong-penyokong dasar ini mengatakan bahawa mereka bukan berniat untuk menindas, sebaliknya mereka mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk bertindak sebagai orang yang memegang amanah masyarakat kulit hitam hingga mereka cujup matang untuk menyelengarakan penghidupan mereka.
Dasar Apartheid membayangkan pembentukan satu masyarakat yang teratur tetapi terasing dan tertutup dari segi hubungan kaum. Golongan Gereja Dutch Reformed telah menyokong tindakan ini sebagai sah dari segi agama mereka. Mereka juga mengesahkan tindakan pemerintah sebagai sah mengikut kitab-kitab suci mereka.
Pada hakikatnya ekonomi Afrika Selatan amatlah bergantung kepada tenaga buruh orang kulit hitam, tanpa sumbangan mereka tiada apa pun dapat dijalankan oleh masyarakat kulit putih. Orang kulit putih pula yang berjumlah 12% telah dikhaskan dan menguasai 70% dari tanah subur. Semua penentangan terhadap 'kemegahan orang putih' diharamkan. Peranan orang-orang berkulit hitam sebagai satu kumpulan pekerja yang kurang berdaya disahkan dan diamalkan dengan mengadakan berbagao undang-undang yang bertujuan menyekat kegiatan sosiopolitik orang-orang kulit hitam.
Bermula dari tahun 1948 beberapa undang-undang diperkenalkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1949, misalnya undang-undang melarang berkahwin campur diperkenalkan (Prohibition of Mixed Marriage Act, 1949). Pada tahun 1950 pula Akta Menekan Komunisme telah diperkuatkan untuk mengharapkan segala bentuk tentangan terhadap pemerintahan kulit putih. Group Area Act, 1950 dan General Amendment Act, 1963 telah membolehkan polis menahan sesiapa sahaja orang-orang kulit hitam, tanpa dihadapkan ke mahkamah jika disyaki anti pemerintah. Salah satu daripada mangsa undang-undang ini adalah Steven Biko yang telah mati pada tahun 1981 akibat tindakan polis Afrika Selatan.
Dasar-dasar Apartheid seperti yang diamalkan oleh Perdana Menteri Hendrik Verwoerd dan Johannes Vorster telah berpura-pura membenarkan perkembangan politik di kalangan orang-orang berkulit hitam. Mereka telah menyokong dan menganjurkan penubuhan Bantustans (Pemerintahan Orang Berkulit Hitam). Tetapi pada hakikatnya semua kuasa dipegang oleh pemerintah kulit putih Afrika Selatan.
Bibilografi :
K. Ramanathan, 1988. Konsep asas politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.