[VIDEO] BAGAIMANA MEDIA BARAT MEMPENGARUHI POLA PENONTONAN MASYARAKAT DUNIA?



Oleh : Jebat

Dalam video diatas (produksi TYT), terdapat beberapa keratan video dari FOX News yang menuduh bahawa juruterbang beragama ISLAM merupakan faktor utama kepada kehilangan pesawat MH370. Fitnah FOX News dan media antarabangsa yang lain terhadap ISLAM bukanlah satu perkara yang baru. Sejak kejadian rempuhan pesawat di World Trade Centre pada 9 September 2001, ISLAM dipotretkan sebagai sebuah agama ganas dan gemar membunuh.

Media barat seperti CNN, BBC, CNBC, ABC, FOX, dan lain-lain menggunakan pengaruh mereka bagi mengawal pemikiran masyarakat dunia sekaligus membentuk satu order baru dunia yang melihat ISLAM adalah agama penaja keganasan. Dan pastinya order baru dunia ini adalah satu perkara yang dihasratkan oleh kelompok Zionis. 

Video dibawah ini merupakan penjelasan mengenai bagaimana media memainkan peranan dalam membentuk pemikiran manusia. Disampaikan oleh 'Stand Up Comedian' berketurunan India yang berwarganegara Kanada : Russell Peters. Walaupun kaedah penyampaiannya adalah sekadar untuk hiburan, namun disebalik ucapannya itu ada mesej yang boleh kita pelajari.

Post a Comment

0 Comments