Oleh : Nor Azizuddin Abdul Manan
1. Sekali lagi saya terpanggil untuk menulis entri ini berhubung dengan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai Calon DAP untuk PRK Teluk Intan. Untuk makluman, entri saya bertajuk APA DOSA UiTM KEPADA DYANA SOFYA MOHD DAUD ? sudah mencecah angka perkongsian sebanyak 100 kali dan akan bertambah lagi sekaligus mengingatkan saya semasa bahang PRU13 dimana entri saya berkaitan politik Jepun mencecah perkongsian hampir 500 kali. Astro Awani telah memaparkan perkongsian pendapatan daripada 3 siswa dan siswi dari program Komunikasi UiTM. Boleh lihat link yang dilampirkan.
2. Pendirian saya, jika begitulah interpretasi mereka, bermakna anak-anak muda Melayu sekarang sudah bersedia untuk diperintah oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh DAP yang secara jelas dan tidak lagi berselindung akan agenda mereka untuk menghapuskan identiti dan status Melayu dan Bumiputera secara langsung dan membawa dimensi baru kepada Malaysia dalam konteks politik bercorak REPUBLIK sepenuhnya, mungkin selepas ini Malaysia akan menuruti NEPAL yang berjaya menghapuskan identiti sistem monarki pada tahun 2008 dan kini NEPAL menjadi sebuah Kerajaan berstatus REPUBLIK PERSEKUTUAN.
3. Saya bersetuju dengan ketiga-tiga siswa dan siswi tersebut bahawa hak memilih parti politik adalah hak individu atas nama Hak Asasi Manusia. Saya mendapati kenyataan ini seperti yang terdapat dalam Artikel 1 (1.1) International Covenant on Civil and Political Rights yang diratifikasi pada 16 Disember 1966 melalui Resolusi 2200A (XXI) Perhimpunan Tahunan PBB dan resolusi ini dikuatkuasa pada 23 Mac 1976 dan termasuk jugalah perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Negara Perkara 119. Namun dalam memilih parti mana yang menjadi pilihan, adalah patut wajar diselidiki terlebih dahulu dasar dan corak perjuangan sesebuah parti kelak nanti tidak memberikan sebarang "intendent impact" yang boleh memburukkan lagi keadaan sosio-politik sesebuah negara.
#DAP_dan_Sosialisme
4. Saya teruja untuk membicarakan keberadaan parti politik ini di Malaysia. Parti yang diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang mendukung prinsip-prinsip Sosialisme (baca : komunisme) dalam semua aspek kehidupan walaupun mereka mendakwa, prinsip-prinsip Sosialisme itu adalah dalam konteks mendukung prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.
5. Namun, sejauhmana kebenaran mereka dalam mendukung prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial, ekonomi dan sebagainya apabila agenda dasar utama mereka adalah untuk menafikan hak dan imuniti bangsa Melayu Bumiputera sebagai adiwangsa yang telah mendiami ditanah ini sejak tahun 2500 sebelum masehi, sejarah asal Melayu di tanah ini ini diperakui oleh ramai sejarahwan seperti Ramlah Adam, Asmah Haji Omar, R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Tun Seri Lanang dan Slametmuljana. Carilah karya-karya mereka di Perpustakaan Tun Abdul Razak jika ada. Rujuk dan baca.
6. DAP juga secara langsung turut menyertai keluarga besar Perikatan Sosialisme Sedunia yang berintuisi untuk menyebarluas doktrin Sosialisme kepada seluruh negara di dunia ini. Solidariti ini diperkuatkan lagi dengan influansi China dan Russia yang berkorelasi untuk mendukung doktrin ini. Apatah lagi dengan kebangkitan kuasa besar ekonomi negara Tembok Besar itu sehingga turut mampu mempengaruhi ekonomi dunia.
#Cacing_naik_ke_mata
7. Saya menggelengkan kepala apabila membaca kenyataan Fairuz Azhan bertarikh 25 Januari 2012 ketika itu bersama dengan Dyana Sofya mengumumkan penyertaan mereka dalam DAP atas nama memilih parti politik adalah hak individu. Kata Fairuz Azhan, "Deklarasi Setapak 1967 dengan jelas membuktikan tujuan penubuhan DAP secara rasmi adalah untuk mempertahankan hak-hak semua rakyat termasuk orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini temasuklah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, dan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu” (Fairuz Azhan, Januari 25, 2012 dicapai daripada blog Lim Kit Siang).
8. Saya tidak mengerti lelucon jenis apa yang diperkatakan oleh Fairuz Azhan mengenai Deklarasi itu sementelah agenda dan Polisi Primari DAP adalah untuk melaksanakan penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” serta pelaksanaan kesaksamaan etnik. Persis dasar ini seperti dilaksanakan oleh Jeneral Idi Amin ketika menguasai Uganda pada tahun 1971-1979 yang menjalankan penghapusan status dan imuniti etnik majoriti Acholi dan Langi (ketika itu antara etnik majoriti di Uganda). Tragedi di Jinja dan Mbarara pada tahun 1971 cukup membuktikan betapa rasisnya Idi Amin yang berasal daripada etnik minoriti Kakwa. Kesan dengan tindakan Idi Amin, sehingga kini Uganda kekal berada dalam konflik antara etnik majoriti dan minoriti di negara itu (Sue Lautze.Hertford College, Oxford).
9. Bersyukurlah kita berada di Malaysia, dengan adanya status Bumiputera dan Bukan Bumiputera, maka wujudlah persaingan untuk memastikan survival kemandirian sendiri. Adanya status ini, sekurang-kurangnya bangsa Melayu terbuka mata, minda dan akal budi untuk melihat kekurangan dan kelebihan yang ada. Demi masa depan. Memandangkan hari ini sudah ada cacing yang naik ke mata bangsa Melayu. Itu pun masih tidak sedar diri lagi.
#Ketaatan_kepada_pemerintah
10. Saya tidak mahu mengulas perkara ini mengikut perspektif Islam sebabnya ia telah dihurai dan diperjelaskan dengan panjang lebar oleh cendiakia Islam di Malaysia dan di luar negara. Bahkan pernah termaktub dalam akhbar-akhbar harian perdana, buku-buku dan artikel-artikel lain. Boleh cari dan rujuk sendiri. Cuma dalam perkara ini saya mengulas dalam dimensi politik.
11. Sejujurnya, saya kaget dengan kenyataan siswa UiTM yang menyatakan, "Saya rasa semua anak muda taat kepada negara biarpun ada antara kami tidak menyokong kerajaan atau parti yang memerintah, kami lahir di sini jadi tentunya kami taat kepada negara, ini negara kami” (Muhammad Noor Husni Mohd Zaini, Mei 18, 2014 dicapai daripada Astro Awani).
12. Penjelasan saya mudah,atas konsep mahu taat kepada negara, bukankah dalam pada masa yang sama kita juga perlu taat kepada pemerintah memandangkan pemerintah adalah pentadbir negara ini. Bayangkan jika pemerintah itu bukan beragama Islam, membenarkan budaya yang songsang lagi menyimpang seperti LGBT, kesamaan beragama (Pluralisme Beragama) seperti yang diamalkan di Indonesia, membuat polisi-polisi kesamarataan kaum dan etnik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan etnik majoriti, penindasan terhadap ekonomi dan pendidikan, pengabaian sosial seperti yang berlaku di Selangor yang kelam-kabut dengan masalah air dan sampah. Jika begitulah keberadaaanya, atas konsep mentaati negara, tetapi tidak kepada kepada pemerintah, apa yang akan berlaku jika apa yang saya nyatakan tadi benar-benar berlaku ?.
#Taat_kepada_Negara_dan_pemimpin_jujur
13. Kenyataan siswi prodi Komunikasi UiTM pula menyatakan, "Sesebuah kerajaan itu dipilih warganegaranya untuk mentadbir negara, jadi kami anak muda taat kepada negara, kerajaan yang mentadbir kami sokong kalau mereka jujur dan cekap serta mempunyai dasar yang boleh membangunkan negara” (Nu Amalina Azman, Mei 18, 2014 dicapai daripada Astro Awani).
14. Saya tersenyum dengan kenyataannya, dengan ayat mudah, jika tidak kerana kecekapan pemimpin hari ini, masakan mungkin siswi berkenaan boleh berada di kampus UiTM ?, masakan juga beliau boleh berjalan ke sana dan ke mari dengan bebas, bercanda dengan rakan taulan di Starbuck,makan tengahari di McD dan makan malam di KFC, bebas segala itu dan ini dan tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari idea membangunkan negara. Dengan mengambil sedikit contoh pemimpin sekarang mentadbir negara dengan jujur, setakat suku tahun 2014, Malaysia memperbaiki kedudukan dengan berada di kedudukan ke-37 daripada 178 negara-negara dunia dalam Indek Kebebasan Ekonomi yang dikeluarkan oleh The Haritage Foundation berbanding tahun 2013, Malaysia sekadar menduduki tangga ke 56 daripada 177 buah negara yang dinilai. Bukankan ini membuktikan kepimpinan sedia ada telah membuat satu dasar yang meliberalisasikan ekonomi negara dengan kompiten ?.
#Anarkis_anak_Muda
15. Kenyataan terakhir salah seorang siswi UiTM dengan menyatakan, “tidak ada anak muda yang akan khianat kepada negara biarpun ada antara mereka memberi sokongan kepada pembangkang. Kerajaan boleh berubah, sekarang mungkin parti ini yang memerintah, akan datang tidak mustahil pihak lain, tetapi negara tidak berubah, tetap negara yang sama.Jadi kami sebagai anak muda akan taat kepada negara, kerajaan yang baik dan jujur akan kami sokong” (Munirah Musthafar, Mei 18, 2014 dicapai daripada Astro Awani).
16. Betul memang tidak ada anak muda yang berlaku khianat jika kerajaan hari ini dipimpin oleh Pakatan Pembangkang (jika benar), tetapi bagaimana dengan aksi anak-anak muda hari ini yang membuat onar dalam beberapa siri demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak Pakatan pembangkang terhadap kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat secara demokrasi dalam PRU13 dan PRU-PRU sebelum ini ?, apakah signifikasi dan evaluasi yang patut diberikan kepada mereka yang melangkaui batas-batas demokrasi yang dibenarkan ?, bukankah tindakan ini persis kepada tindakan anarkis dengan merusuh untuk meruntuhkan sebuah kerajaan yang sah dan dipilih secara autentik menggunakan lunas dan paksi demokrasi. Jika begitu, andai Pakatan pembangkang naik “takhta” Kerajaan Persekutuan, maka saya juga punyai hak untuk melakukan aksi yang serupa atas nama “taat kepada negara bukan kepada pemerintah” walaupun Pakatan Pembangkang dipilih secara sah dan demokrasi.
17. Peru, Venezuela, Chile dan Mexico adalah antara negara yang paling kerap mengalami “rusuhan pelajar (anak muda)”, dan bagi mencari bukti untuk menafikan kenyataan siswa UiTM tersebut, saya meneliti struktur geo-politik di empat buah negara tersebut. Peru, mengalami rusuhan pelajar sejak tahun 1988 berlangsung saban tahun dan terbarunya pada 15 Jun 2013 (Los Angelas Times, dicapai pada Mei 19, 2014). Venezuela memasuki negara terbaru yang meruncing gara-gara rusuhan pelajar yang membantah keputusan pilihanraya pada tahun 2013 dan terbaharunya pada awal tahun 2014 yang menyaksikan lebih 100 pelajar ditahan dan lebih 60 orang lagi cedera kerana membantah kepimpinan Kerajaan dipimpin oleh Maduro (Emily Thomas, The Huffington Post). Chile, negara yang mengalami rusuhan pelajar sejak tahun 2011 sehingga 2013 yang menyaksikan 1,800 pelajar ditahan pihak berkuasa Chile, dan lebih 400 mengalami cedera disamping kecederaan dipihak polis juga mencecah 500 pegawai akibat tindakan ganas pelajar-pelajar Chile (Gideon Long, Aug 11, 2011, Chile Students Protest point to deep discontent, dicapai pada Mei 19, 2014, BBC). Mexico, telah mengalami rusuhan pelajar paling dahsyat pada tahun 1968, 300 pelajar mati ditembak oleh pasukan keselamatan dan lebih 1,300 pelajar lagi ditahan polis. Tregadi di Tlatelolco City cukup untuk membuat pihak pemerintah Mexico berhati-hati dalam menangani krisis ini, sehingga kini Mexico masih dilanda rusuhan pelajar (Rick Ayers, Sept 25, 2012, Education Struggles Aflame Across The Hemisphere, The Huffington Post dicapai pada Mei 19, 2014).
18. Walaupun keempat-empat negara terbabit tidak sama corak dan dimensinya dengan Malaysia tetapi lihatlah hasilan daripada indikator rusuhan tersebut, apakah yang boleh dibanggakan dengan tahap keberadaan ekonomi negara-negara itu lantaran terlalu kerap diadakan tindakan demonstrasi yang berpanjangan ?. Ibrah !.
#Kesimpulan
19. Betul, memilih parti politik hak individu dan tidak boleh dipaksa, tetapi dalam memilih parti semoleknya dikajilah terlebih dahulu agendanya, kelak tak menyesal dikemudian hari. Ibarat “terlalu memilih sangat, terpilih buku”. Janganlah pula terlalu mengharap pada yang satu lagi jika yang ada sekarang sudah cukup baik untuk kehidupan hari ini, ibarat “harapkan burung terbang tinggi, punai ditangan dilepaskan”. Memadai dengan apa yang ada adakalanya lebih baik daripada harta datang bertimpa-timpa, bagaikan “belum duduk sudah berlunjur”. UiTM itulah satu-satunya kemegahan bangsa Melayu.
Nor Azizuddin Bin Abdul Manan,
School of International Studies (SoIS)
College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
19 Mei 2014
Referensi
:
Sejarah DAP, dicapai pada Mei 18, 2014 daripada http://dapmalaysia.org/parti/sejarah-kita/
Polisi DAP- Berkenaan Pembangunan Negara, dicapai pada Mei 18, 2014 daripada http://dapmalaysia.org/parti/matlamat/party-polisi/
Fairuz Azhan, (Januari 25, 2012), Mengapa Saya Memilih DAP, dicapai daripada blog Lim Kit Siang pada Mei 18, 2014 daripada http://blog.limkitsiang.com/2012/01/26/mengapa-saya-pilih-dap/
Lautze, Sue. (tanpa tarikh), Research on Violent Institutions in Unstable Environments: The livelihoods systems of Ugandan army soldiers and their families in a war zone. Hertford College : Oxford University
Terry Miller,Kim R. Holmes,Edwin J. Feulner. (2013). 2013 Index of Economic Freedom, Washington, DC : USA, pg. 56
Ibid. 2014 Index of Economic Freedom, dicapai pada Mei 19, 2014 daripada http://www.heritage.org/index/ranking
Emily Thomas. (Feb 18, 2014). Venezuela's Student-Led Protests Intensify As Opposition Leader Surrenders, dicapai pada Mei 19, 2014 daripada http://www.huffingtonpost.com/2014/02/18/leopoldo-lopez-venezuela-student-protest_n_4811086.html
Gideon Long. (Aug 11, 2011). Chile Students Protest point to deep discontent, dicapai pada Mei 19, 2014, daripada http://www.bbc.com/news/world-latin-america-14487555
Los Angelas Times. (Jul 20, 1988). Dicapai daripada http://articles.latimes.com/1988-07-20/news/mn-5935_1_general-strike
Rick Ayers. (Sept 25, 2012). Education Struggles Aflame Across The Hemisphere, The Huffington Post dicapai pada Mei 19, 2014 daripada http://www.huffingtonpost.com/rick-ayers-/education-struggles-aflame_b_1913572.html
Gurubacharya, Binaj (Dis 24, 2007). "Nepal to Abolish Monarchy". Time. Dicapai pada Mei 19, 2014
International Covenant on Civil and Political Rights, dicapai pada Mei 18, 2014 daripada http://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/ccpr.aspx
5 Comments
anak muda tiada merasa apa itu hidup tampa melayu membantu melayu dan diadakan policy melayu mesti di tolong,..mereka buka mata keluar dari burit dengan lampin pakai buang, kesusahan mak bapak nak sokong melayu untuk dapatkan contoh Uitm, keutamaan melayu, mendapatkan dasar ekonomi baru mereka tidak tahu, bahkan Tanya bila parameswara datang Melaka, apa itu gugusan pulau melayu, apa itu Tanah melayu, meraka tidak tahu, tak payah lah nak Tanya pasal komunis di Malaya, peristiwa bukit kepong, singapura dengan siapa mempertahankan nya sehingga darah terakhir, siapa leftenan adnan...semua mereka tidak mahu ambil tahu..semua apa yang melayu dulu buat untuk kesenangan mereka sekarang mereka tak peduli, kalau kafir boleh bagi dia orang hiburan, mabuk, bersepah di jalan, berpoya sana sini, sex free, buang anak, mereka akan suka...sedar lah anak melayu..kamu tiada di sini sekiranya dasar yang di buat pemimpin melayu dahulu tidak di buat, dan dasar ini membuat apa kamu hari ini, dan sekarang kamu mahu dasar di ubah atas nama kebebasan dan persamaan,,,kamu salah wahai anak muda..anak cucu kamu akan marahi kamu sebagaimana kami gulungan tua marah pemimpin yang menerima orang asing zaman mereka dulu..jangan di ulangi kesilapan perjanjian pangkor, jangan di marahi long jaafar dengan gee hin dan hai san nya, jangan di marahi yap ah loi dengan kuala lumpurnya...sebab mereka dulu tiada sejarah untuk di rujuk..
ReplyDeleteAnwar janji pendidikan percuma. Bukan 70%. Mana pi duit Petronas?
ReplyDeleteKo fikir duit Petromas tu hanya untuk budak-budak U jer ke? Habis staf dorang, pelaburan lagi? Cakap pakai lutut
Deletegolongan muda memang buta..tak payah gi pergi jauh jauh ke amerika selatan...tenguk aje filipina..apa jadi dgn bangsamoro..mereka itu spesis kita melayu...yg mudah lupa asal usul..sebab tu lah orang cina menguasai mereka..tanya diri kamu siapa presiden mereka..orang asal filipina ke...keturunan bangsamoro ke dia...
ReplyDeletekalau nak tahu buka dan kaji sejarah..mereka tu semua bangsa pendatang sama dgn bangsa Lim kit siang...tanya pula siapa thaksin orang thai ke dia atau cina thai..fikir la sendiri...
dari segi agama : Umno & PAS adalah ahlus sunah. dari segi kuasa politik ISLAM Umno adalah lebih KUKUH(konsisten) berbanding Islam PAS (takut DAP). Dari ssegi JEMAAH sepatutnya Islam PAS joint Islam Umno. DAP tolak Hudud, UMNO sokong Hudud. Apa dah jadi jemaah ISLAM PAS? Islam PAS menyokong penentang HUDUD ISLAM. Wal haramu wal halalku. PAS kaum yg zalim dlm meletakkan HUKUM ALLLAH. Takutlah kamu pd ALLAH bukan pd CINA DAP.kerana mulut badan binasa.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.