MALAYSIA CAPAI PERTUMBUHAN 6.2% PADA SUKU PERTAMA 2014 - MENTERI KEWANGAN KEDUA

Oleh : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua)

Alhamdulillah, negara kita mencapai pertumbuhan 6.2% pada suku tahun pertama 2014, yang tertinggi dari beberapa tahun kebelakangan, yang tertinggi dari kalangan negara-negara Asean dan antara tertinggi di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan tinggi (middle and upper income ekonomi). Kesemua sektor mencapai pertumbuhan pesat, terdiri dari sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor binaan, sektor pertanian dan sektor perlombongan (Gas dan Petroleum). 

Perkembangan pesat sektor-sektor ini membolehkan Rakyat terus bekerja dan makan gaji serta peluang-peluang perkerjaan baru di wujudkan. Dengan pertumbuhan ini, negara kita dapat kekalkan kadar pengangguran 3%, iaitu antara terendah di dunia. Kadar pengangguran negara jiran kita Indonesia 6.1%; Negara kaya Amerika Syarikat 6.3%; Negara yang pernah menjajah kita Portugal 15.3%, Belanda 7.3%, UK 6.8%; Negara perdagangan terbesar dengan kita, China 4.1%; Negara Islam yang amat kita hormati, Saudi Arabia 12.1%; negara yang menghadapi krisis ekonomi, Spain 25.6%, Greece 27.5%; dan negara yang sebahagian besar Rakyatnya tidur pada setiap malam dalam kelaparan, Mali 30%. 

Impak pertumbuhan ini membolehkan perbelanjaan Rakyat tetap kukuh, dengan itu sektor perniagaan, termasuk supermarket,  restoran dan gerai makanan melayu dan bukan-melayu terus berkembang. Restoran nasi lemak di Kampung Baru penuh dengan pelanggan.

Perbelanjaan oleh Rakyat, Perbelanjaan Bajet Kerajaan Pusat  (termasuk pemberian BR1M), Pelaburan Swasta dan Peningkatan Eksport merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi suku tahun pertama 2014 tersebut.

Pertumbuhan tersebut meletakkan negara kita pada landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Komponen terpenting dalam transformasi tersebut adalah Rakyat. Berdasarkan statistik pada 31/12/2013, komposisi gaji pekerja Malaysia dalam KDNK adalah 32%; sasaran kerajaan pada tahun 2020, gaji pekerja dalam komponen KDNK di tingkatkan kepada 40% iaitu selaras dengan status gaji di negara-negara maju. 

Bermakna prinsip 'Rakyat Di Dahulukan' sentiasa dalam hati, tangan yang memikir dan menulis skrip pembangunan negara dan individu yang melaksanakan misi dan visi Kerajaan Persekutuan ini.

Kepada Allah SWT kita bersyukur dan tetap memohon rahmatNYA. Kita tahu "Setiap segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan KETENTUAN TakdirNYA", terjemahan ayat "Kullu shaiin indahu bimiqdar". 

Post a Comment

0 Comments