BENARKAH @realDRMAZA AKAN DILANTIK MENJADI SENATOR DAN YDP YADIM?

Oleh : AJ, RPM, Putra

Angin kencang kini melanda banggunan Perdana Putra bilamana kami dikhabarkan bahawa seorang mantan Mufti sedang melobi atau dilobi atas tiket seseorang bagi diberikan jawatan Senator sekaligus memegang jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Jika khabar ini benar, maka biarlah kami menjadi kumpulan pertama yang mengucapkan jutaan Syabas dan Tahniah kepada Al-Fadhil Al-Ustaz Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Asri Zainul Abidin Al-Muzabzib diatas perlantikan itu nanti.

Sekaligus tak sia-sia anda di 'payung' oleh individu yang rapat melebihi tahap serapat rakan Selfie.

Adapun sekiranya impian ini tidak menjadi kenyataan, maka bersabarlah. Anggaplah ini sebagai satu lagi tanda kebesaran ALLAH, sepertimana firman Allah Subhanahu wa ta'ala;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Al-Imran ayat 26)

Apa-apa pun, yang pasti ini bukanlah kali pertama tuan Dr.Muzabzib 'sepi' dari sebarang 'tawaran' atau 'lobi' dari mendapatkan sebarang jawatan. Ketika musim PRU13 yang lalu misalannya, tuan Dr. Muzabzib acap kali menyorok-nyorok dari mengakui ditawarkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atau barangkali tuan sendiri meminta jawatan berkenaan. Malah ketika ditanya oleh seorang 'follower' tuan Dr, tuan Dr. cuba bermain wayang, sekaligus menambahkan lagi Kemuzabziban tuan Dr, bilamana akhirnya dikantoikan oleh Malaysiakini.

Namun kami berharap tuan Dr. janganlah marah. Kerana kita pernah bersama-sama di dalam lif di Puteri Pan Pacific ketika tuan menjadi Jemputan di Himpunan Ulama', Cendiakawan Islam, dan Penulis Maya Kebangsaan bersama Perdana Menteri pada 18 Febuari 2012, yang mana tuan menyatakan di dalam Lif, yang pada ketika itu Mufti Perlis juga turut bersama, bahawa segala-gala yang berlaku adalah sebahagian daripada 'strategi' tuan Dr. Muzabzib.

Dan ini hanyalah sebahagian kecil daripada modul 'strategi' yang tuan Dr. cadang atau barangkali canangkan kepada kami.

Semoga Tuan Dr. berjaya dalam 'strategi' tuan Dr. itu. 

P.S : Jangan kaitkan penulisan ini dengan Ulama Muda UMNO, Pertubuhan Ilmuan Malaysia ataupun sesiapa sahaja secara langsung dan tidak langsung. Baca penafian kami disini.

Artikel berkaitan :

http://www.penaminang.com/2014/04/ada-sebab-allah-takdirkan-dr-maza-tak.html#axzz357jvHeHS

http://www.penaminang.com/2013/01/maza-madkhali-anwar.html#axzz357jvHeHS

http://www.penaminang.com/2014/05/realdrmaza-atau-admin-drmazacom.html#axzz357jvHeHS

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampaknya bertambah egolah dia ni.

    ReplyDelete
  2. lantiklaaah dia pernah kucup kepala nik aziz, di kota darilnaim

    ReplyDelete
  3. Rosak kalo dia ni dilantik...biarlah orang lain...

    ReplyDelete
  4. Buat apalah Wahabi ini yg di lantik. Tak ada orang lain ke?

    ReplyDelete
  5. Orang yang suka berselfie tanpa maruah, boleh ke memimpin ? Ideologi Islamik nya berbeza. Pandangan nya sentiasa melawan arus, suka menghina tokoh agama lain.... tidak menyokong kerajaan di mana majoriti Melayu Islam berada !

    Sunnah Rasul atau sunnah dia sendiri ? Belum nampak jasa nya selain memecah belah ummah...

    ReplyDelete
  6. @realSlimShady @realMaza ada persamaan..

    cari cerita heboh2 nak dapat Duit..

    ReplyDelete
  7. Maae, sangat setuju.....jadi mufti pun tak ada tokoh. Fahaman lebih kepada Wahabi/Khawarij. Lebih sesuai jadi penasihat hal ehwal ugama Malaysiakini.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.