Pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) menggunakan kaedah PFI (Private Finance Initiative). Ini selari dengan keputusan Kerajaan untuk meningkatkan enrolmen mahasiswa di UiTM.
Kerajaan memutuskan menggunakan kaedah PFI kerana:
1. Projek PFI dapat dilaksanakan dengan segera melalui pembiayaan pihak swasta setelah projek mendapat kelulusan Kerajaan. Pembayaran kepada syarikat konsesi hanya bermula setelah projek siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kerajaan.
2. Projek PFI dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa pelanjutan masa. Sekiranya projek tidak disiapkan atau lewat disiapkan, syarikat konsesi tidak akan mendapat sebarang bayaran. Tidak timbul isu menyelamatkan projek memandangkan risiko pembinaan merupakan tanggungjawab syarikat konsesi yang mana projek tersebut akan diserah kepada Kerajaan apabila ia siap sepenuhnya.
3. Pembayaran balik kepada syarikat konsesi adalah termasuk bayaran untuk penyenggaraan dan penggantian komponen utama seperti sistem pendawaian dan lif. Sehubungan itu, pihak UiTM tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyenggara dan penggantian komponen utama dalam tempoh 20 tahun. Dengan adanya penyenggaraan ini, UiTM akan menerima bangunan ini pada akhir tempoh konsesi dalam keadaan baik dan seperti baru.
4. Syarikat Konsesi bagi projek UiTM ini dibenarkan untuk membuat refinancing dan keuntungan daripada pelaksanaan tersebut dikongsi sama rata dengan pihak Kerajaan.
Justeru itu, kaedah PFI merupakan perolehan yang cepat di samping mempunyai value for money kerana proses penilaian yang ketat melalui bengkel pengurusan nilai (value management lab) serta berkongsi pengurusan risiko projek (cost optimization) dengan syarikat yang melaksanakan projek tersebut.
Disediakan Oleh:
Pejabat Penolong Naib Canselor (PNC)
Pembangunan,Pengurusan Fasiliti & ICT UiTM
Dikeluarkan Oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
18 Jun 2014
Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.
- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"
Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^
1 Comments
Rafizi tengah kumpulkan maklumat bahawa nak menang tender kena jumpa Datuk Aizuddin sebab TS VC dengar nasihat dia sahaja. Kalau TS VC pi overseas Datuk Aizuddin bawa kontraktor bersama di KLIA. Sekarang dah perbualan hangat TS VC umur 63 thn boleh dengar cakap seorang malaikat umur nya belum sampai puluhan. Guna nama Yayasan bukan untuk mengubahah destini anak bangsa tapi untuk Datuk dan Prof H
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.