@Khairykj SYAITAN ISRAEL - @realDRMAZA @drmazacom

Oleh : AJ 

Siapa tak kenal dengan Maza? Seorang Mantan Mufti dan juga bekas calon Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang gemar memutarbelitkan kenyataan, mengelirukan orang awam selain gemar menulis status-status di fb dan twitter yang berbaur fitnah dan hasutan.

Baru-baru ini, Maza Al-Muzabzib Si Kaki Fitnah telah mensetankan seorang ulama muda gara-gara ulama muda berkenaan berpendapat bahawa perbuatan memboikot produk Israel tidak memberikan apa-apa kesan kepada negara Zionist berkenaan. Malah Maza Al-Muzabzib Si Kaki Fitnah tidak mendengar penjelasan panjang ulama muda berkenaan tetapi terus memutarbelitkan kenyataan lalu membuat fitnah kepada ulama muda tersebut. Fitnah yang dilemparkan oleh Maza Al-Muzabzib terus merebak lalu menyebabkan orang ramai yang tidak tahu hujung pangkal terus membuat kenyataan jahil di ruang-ruang media.

Berikut merupakan siri video penuh kenyataan ulama muda berkenaan. Kami sarankan anda mendengar kesemua hujjah dan penjelasan ulama muda tersebut SEBELUM membuat apa-apa kenyataan.




Secara amnya, kenyataan ulama muda ini adalah bersandarkan kepada fatwa ulama yang kontemporari yang lebih memahami permasalahan ini. Bacaan lanjut disini : http://www.penaminang.com/2014/07/fatwa-dan-komentar-ulama-mengenai.html#axzz37aTlYL9a

Namun baru-baru kini, 'teman rapat' kepada MAZA Al-Muzabzib Si Kaki Fitnah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama dan serupa dengan ulama muda berkenaan. 

Memetik kenyataan Sinar Harian, Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan bahawa tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.

"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," 

Baca artikel penuh disini : http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-kita-yang-terkesan-bukan-israel-1.299905

Maka sekarang ini, kami hendak bertanya kepada kepada Maza Al-Muzabzib Si Kaki Fitnah, adakah 'fatwa'nya keatas ulama muda berkenaan juga boleh terguna pakai keatas Khairy Jamaluddin? Jika ya, maka fatwa anda konsisten. Jika tidak, apa alasannya pula? Kenapa wujud perbezaan diantara 'fatwa' untuk ulama muda berkenaan dengan KJ? Adakah kerana KJ telah memenuhkan perut anda dengan elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah IYRES (Institut Penyelidikan Pembanggunan Belia Malaysia) sekaligus membuatkan anda 'mendiamkan' diri dari mengkritik 'kawan' dan juga bos anda itu?

Kepada Maza Al-Muzabzib Si Kaki Fitnah, kami menanti respon anda.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bah. Kedua:

    Kerana kita tahu kalau si mamat-LIBERAL-kari yg- menguruskan calon Felo Perdana ni utk. bekerja di JPA, maka ini amat bahaya sekali! Dan dia nak calon-calon Felo Perdana ni diambil bekerja sbg. pegawai Tadbir Diplomatik! Kenapa KUASA yg. begitu BESAR diberi pd. si mamat-kari ni utk. masuk campur dalam pengambilan pegawai tinggi JPA, sedangkan dia ni si LIBERAL. yg. asyik MENJILAT MUSUH ISLAM!

    Tengoklah si LIBERAL-mamat-kari yg. memang makin MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, yg. asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam/umatnya! Lihat di http://paneh.blogspot.com/2014/06/kj-nak-hapuskan-kuasa-mahkamah-syariah.html , KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!, Coretan: paneh, June 12, 2014!

    Dan lihat bagaimana liciknya si PENYIBUK-mamat-kari nak pertahankan undg-undg si KAPIR Barat-ZIONIS melalui hak asasi ‘KESAMAAN‘ dlm. pekerjaan swasta dan awam, disyaki juga nak MENGHAPUSkan terus hak keistimewaan BUMIPUTERA yg. termasuk kuota istimewa pekerja BUMIPUTERA termasuk dlm. JPA, seperti Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Sepatutnya kajian UM itu digunakan utk. memastikan Perkara 153 tidak diJAHANAMKan si PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS; bukan diselesaikan melalui hak asasi 'KESAMAAN' Barat-ZIONIS! Bahkan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 38 (5) menyatakan dengan jelas perkara berikut :(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153"! Jadi JGN. si mamat-kari ni nak tunjuk TERA dia, tak tentu pasal! Lihat di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140613/dn_23/Tangani-isu-ambil-pekerja-ikut-kaum ,Tangani isu ambil pekerja ikut kaum, Oleh FAZRINA AYU RADUIAN:
    SHAH ALAM 12 Jun - Langkah yang komprehensif perlu diambil bagi menangani isu diskriminasi pengambilan pekerja berdasarkan kaum di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata, satu perbincangan di peringkat undang-undang akan dipertimbangkan dengan mengambil kira pelbagai aspek meliputi perpaduan nasional dan sudut ekonomi
    "Ada sesetengah negara mempunyai akta untuk melindungi hak sama rata pekerja dan tidak membenarkan diskriminasi terhadap latar belakang kaum daripada berlaku....

    Dan lihat bagaimana mamat-kari masih begitu licik menyokong Draf Akta Harmoni Nasional-JAHANAM tu dan mahukan hak SAMA utk. semua bangsa/agama, dgn. sekarang mempergunakan sesetengah isu-isu yg. menyokong umat Islam/Melayu (jadi umat Islam/Melayu akan TERTIPU dgn. matlamat sebenaqnya yg. LIBERAL) – bayangkan umat Islam/Melayu cthnya yg. MENGKRITIK projek PENGKRISTIANAN atau penggunanan KALIMAH ALLAH oleh si KAPIRDAJAL di NEGARA ISLAM kita ni; mungkin boleh didakwa bawah hak ‘KESAMAAN‘ ini! Lihat di di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140716/dn_16/Syor-kenderaan-Singapura-dikena-caj :

    Syor kenderaan Singapura dikena caj

    ....., Khairy berkata, pergerakan berkenaan akan menghantar memorandum kepada kerajaan yang mengandungi beberapa cadangan untuk dipertimbang dan dimasukkan sebagai perkara dalam Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan).

    Beliau berkata, kandungan memorandum tersebut mengemukakan cadangan 'garisan merah' yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana peruntukan atau akta.

    Antaranya, kata beliau, ialah akta itu mesti berpaksikan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan memberi penekanan terhadap perkara yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

    "Kita juga berharap akta ini akan menghukum apa sahaja penghinaan terhadap mana-mana etnik, kaum dan agama......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.