KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA
Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema serta ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Tujuan pertandingan mencipta lagu tema ini adalah untuk mengiktiraf dan menggarap bakat pencipta lagu tempatan disamping memupuk kesedaran mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015. Sehubungan ini, para peserta adalah digalakkan untuk mencipta lagu tema yang melambangkan identiti, visi serta perkongsian pengalaman selaras dengan fokus Kepengerusian ASEAN yang berpaksikan rakyat.
Pertandingan ini akan dibuka daripada 4 Julai hingga 31 Ogos 2014. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan dan penyertaan melebihi satu lagu adalah dibenarkan.
Semua penyertaan lagu akan diadili oleh ahli panel kehakiman yang terdiri daripada penulis lagu dan lirik profesional. Lagu terbaik yang terpilih akan menjadi lagu tema rasmi di sepanjang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2015.
Borang penyertaan, syarat-syarat pertandingan serta maklumat lanjut boleh dimuat turun di http://www.kln.gov.my/aseansong2015/.
Putrajaya
4 Julai 2014
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.