Isu Palestin - Yahudi ni bukan benda baru. Ianya adalah isu yang sudah berlansung selama berpuluh-puluh tahun. Setiap hari, setiap waktu, setiap tahun. Kejadian yang sama asyik berlaku. Dan setiap kali serangan dilakukan, maka setiap kali itulah kita melihat aksi-aksi membakar bendera Yahudi dilakukan, demonstrasi, maki hamun, boikot, yang kesemua itu bukanlah sesuatu perkara yang baru, tetapi telah dilakukan sebelum ini.
Namun, apakah hasil yang kita dapat? Yahudi masih menguasai Palestin. Umat Islam Palestin masih dibunuh. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa kaedah-kaedah yang kita guna pakai selama ini sudah tidak berkesan bagi negara zionis ini.
Maka sekiranya masih tak ada sebarang kesan, mengapa kita tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah? Mengkaji segala taktik dan strategi Rasulullah S.A.W dalam menguasai semula Makkah yang ditinggalkan oleh baginda?
Bukankah Rasulullah S.A.W mengajar kita meletakkan keutamaan mendapatkan 'keamanan' adalah jalan terbaik dari peperangan? Mengambil contoh perjanjian Hudaibiyyah. Pada masa itu tentera Islam sudah kuat. Maka tidak ada masalah bagi tentera Islam pada ketika itu untuk menyerang dan menawan Makkah dengan mudah. Tetapi Nabi S.A.W tidak melakukan dengan jalan sedemikian, kerana Nabi mempunyai strategi yang lebih hebat dan tersusun.
Perjanjian Hudaibiyyah adalah perjanjian yang 'cukup berat sebelah' yang memihak kepada kaum kafir Quraish. Walaupun isi perjanjian tersebut dipersoalkan oleh sebahagian sahabat, namun Rasulullah S.A.W tetap dengan pendirian baginda, menandatangani perjanjian tersebut.
Namun apa yang terjadi pada akhirnya? Umat ISLAM semakin bertambah. Bukan disebabkan dengan jalan peperangan dan permusuhan diantara Muslim dan kaum kuffar, tetapi disebabkan akhlak yang mereka tampilkan ketika melaksanakan Haji di Makkah, yang secara tidak langsung menarik kabilah-kabilah Arab yang lain untuk memeluk agama ISLAM.
Maka seharusnya semangat Hudaibiyyah ini dikaji oleh pemimpin umat Islam di seluruh dunia amnnya dan pemimpin Palestin khasnya agar nyawa umat ISLAM Palestin dapat diselamatkan.
Bukankah nyawa umat ISLAM itu lebih berharga dari keseluruhan tanah di Palestin dan Al-Aqsa?
Sabda Nabi S.A.W,
لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ
Bahkan darah seorang muslim lebih mulia daripada Ka’bah yang mulia. Sebagaimana disebutkan dalam hadits yang dihasankan oleh Syaikh Al albani. Hal ini tidak bermakna mengurangi kemuliaan ka’bah al musyarrofah. Namun teks tersebut dalam rangka menyebutkan bahawa pribadi dan darah seorang muslim benar-benar mulia dan mesti dipelihara.
Maka sudah tiba masanya seruan 'menyerang' yang kita momokkan kepada orang Palestin, ditukar ganti dengan nasihat 'hijrah' agar ramai nyawa dan darah orang Palestin dapat diselamatkan. Berhijrahlah wahai warga Palestin. Berhijrahlah!!! Kerana ada hikmah disebalik Hijrah!
Rujukan :
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/10/Perjanjian-Hudaibiah1.pdf
http://keranakasihnabi.blogspot.com/2013/11/fiqh-al-sirah-63-perjanjian-al.html
http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/perjanjian-hudaibiyah.html
3 Comments
Kenapa Allah swt tak tolong ?
ReplyDeleteAmbil iktibar kelewatan kejayaan kepongan Baitul Maqdis zaman Khalifah Umar r.a. dan penggantian Sahabat Khalid r.a. dgn Saad r.a. dlm penyerbuan ke atas Parsi, juga zaman Khalifah Umar r.a.
Nak berhijrah ke mana? Ke mesir? ke Malaysia? ingat senang dengan keadaan sekarang ni...
ReplyDeleteAn-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.