Krisis di Selangor ini berpunca daripada kegagalan 'Langkah Kajang' yang dirangka oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam menjatuhkan Khalid Ibrahim. Kita tau, sewaktu Pakatan sekali lagi berkuasa di Selangor, Khalid tidak menunggu lama untuk menghadap Sultan dan memaklumkan kemenangan tersebut. Malah ketika Khalid mengangkat sumpah taat setia kepada Sultan Selangor sambil memegang tombak, beliau berkeseorangan tanpa ditemani dari rakan-rakan Pakatan Tidak Berdaftar baik dari PAS, DAP mahupun PKR.
Dan inilah antara punca kepada 'program' Langkah Kajang yang dirangka oleh anak Penang dan Terengganu yang cuba menyusun hal-ehwal orang Selangor. Tanpa sebarang sebab musabab, Anwar mengarahkan ADUN Kajang 'berkorban' meletakkan jawatan sebagai Adun Kajang, bagi membolehkan beliau memulakan 'Langkah Kajang'nya itu. Dengan penuh yakin sambil berpaksikan kepada 'road map' Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Anwar semacam yakin untuk bertanding di dalam DUN berkenaan.
Dan bermulalah perang. Media pula pintar mencucuk-cucuk Anwar sehingga Anwar yang pada mulanya berdalih untuk menyebutkan memang tujuannya bertanding di Kajang adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor akhirnya mengakui hasrat berkenaan.
Firrman ALLAH;
ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ
Akhirnya perancangan orang luar Selangor, Rafizi dan Anwar tidak berjaya. Anwar gagal meletakkan dirinya sebagai Calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang gara-gara Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Maka dalam serba tak kena dan marah, akhirnya, si bini yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa. Bininya itu dipaksa menjadi calon, walaupun pada hakikatnya masih ramai orang dalam PKR yang layak menjadi calon dalam pilihanraya berkenaan. Namun disebabkan kedudukan Anwar yang tinggi (Tanpa sebarang peraturan yang terguna pakai pada dirinya), ahli-ahli PKR tidak berani mempersoalkan tindakan Ketua UMUM (KETUM) PKR itu. Maka mereka hanya mengikut sahaja.
Dan akhirnya Wan Azizah memenangi pilihanraya kecil berkenaan. Namun ternyata, dendam Anwar untuk menjatuhkan Khalid masih belum lagi padam. Kemenangan Wan Azizah sebenarnya dipalit dengan tindakan Khalid yang akhirnya bersetuju bekerjasama dengan Najib Razak berhubung isu projek Langat 2.
Maka itulah kemuncak kemarahan Anwar. Ditambah lagi dengan sifat busuk hati, menyebabkan beliau sekali lagi melakukan serangan keatas Khalid. Namun kali ini, beliau tidak dibantu oleh Rafizi Ramli. Kali ini projek menjatuhkan 'kawannya' itu dikepalai oleh Anwar sendiri.
Maka tidak ada ribut dan tidak ada sebab, Khalid diperintahkan untuk meletakkan jawatan. Rafizi diarahkan untuk mereka-reka cerita itu dan ini mengenai Khalid. Dan seperti biasa, Rafizi si bijak berbicara mulalah mengeluarkan ayat-ayat 'ritorik' bagi menampakan keburukan Khalid. Ini dibantu pula dengan mereka-mereka yang kalah dalam PRU yang lalu seperti Saifuddin Nasution.
Benar, Khalid gagap dalam berbicara. Dia mungkin terlalu naif dalam berpolitik. Namun Khalid adalah seorang bekas ahli perniagaan. Individu yang pernah menyebabkan syarikat Mat Saleh tersungkur ditangan orang Melayu. Maka Khalid menggunakan pengalaman dan 'ilmu pengurusan perniagaan' bagi membuang 'pekerja-pekerja' yang tidak efektif dan akauntibiliti dalam Exconya. Dan hasilnya, tatkala Anwar memecat Khalid Ibrahim, Khalid bertindak memecat 6 orang kepercayaan Anwar serta merta dengan kelulusan Istana.
Dan secara pointnya Anwar sudah kalah dengan Khalid dari segi pungutan Mata. Anwar 1, Khalid 6.
Namun permainan ini masih jauh. Khalid pastinya mempunyai strategi tersendiri. Benar, dia mungkin kurang bijak berdiplomasi. Namun disebalik kekurangannya itu, dibimbangi Pakatan akan berpecah dan PKR akan tumbang tak berapa lama lagi. Jika Gutherie yang beratus-ratus tahun boleh diruntuhkan cengkaman dari bangsa yang menjajah 'negaranya', inikan pula Anwar dari Pulau Pinang dan Rafizi dari Terengganu.
Maka Anwar adalah seorang yang GAGAL
Gagal mengalahkan Mahathir
Gagal menghancurkan Pak Lah
Gagal menurunkan Najib
Malah gagal menjatuhkan Khalid Ibrahim
Apa-apa pun. Anwar semakin lemah. Beliau tidak mampu menggunakan jalan diplomasi sepertimana yang digunakan Najib Razak ketika krisis kepimpinan Terengganu terjadi tempoh hari. Dan dunia kini menjadi saksi, diplomasi Najib sudah melangkau ke arena antarabangsa dan mencapai tahap yang amat mengkagumkan, sedangkan Anwar pula masih gagal menggunakan diplomasi bagi mengurus krisis dalam parti ciptaan keluarganya.
Pesan Mendiang Karpal Singh;
"Anwar Ibrahim Harus Bertaubat".
4 Comments
'Anuar Ibrahim harus bertaubat' kata Kapal Selam Singh tu bermaksud Anuar tau buat!
ReplyDeletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
khalid perlu sedar jika dia akur pada nwar pun dia kalah ,,,_ dia akan hilang jawatan mb dan akan reput dari persada politik dan menjadi adun biasa saja. jika dia melawan dia masih berpotensi untuk menang. mungkin kalah pun ianya adalah kalah yang bermaruah.
ReplyDelete:
"Anwar politikus yang gagal".
ReplyDeleteTapi Anwar tetap perasan dia menang kerana namanya tetap disebut-sebut selalu walaupun secara dimaki hamun dan disumpah seranah oleh rakyat yang waras.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.