DOAKAN KESELAMATAN PENGERUSI KP1M @azeezputera , DAN ROMBONGANNYA - @ustazfathulbari #GAZA #GAZA4PEACE

Oleh : Ustaz Dr. Fathul Bari 

Misi Bantuan KP1M yang diketuai oleh Dato' Sri Abdul Azeez sekarang terkandas di Qantara iaitu 230km dari Gaza. Mereka sekarang ditahan oleh pihak tentera Mesir dari memasuki Gaza di atas faktor keselamatan.

Pihak tentera memaklumkan semalam ada berlaku kes penculikan oleh puak pemisah di Utara Sinai yang melibatkan warga China. Puak pemisah tersebut menuntut untuk menukar mangsa dengan banduan yang ditahan.

Sekadar makluman, untuk ke Rafah kita perlu melalui Utara Sinai. Dan kawasan Utara Sinai pada waktu ini pula adalah kawasan yang agak merbahaya untuk dilalui.

Pihak tentera cuma memberi kebenaran untuk tiga orang yang dari rombongan misi ini masuk iaitu Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai ketua misi, Dato Ku Jaafar Ku Shaari Duta Malaysia ke Mesir dan Dr Anwar H Al Agha Duta Palestin ke Malaysia. Mereka telah meneruskan perjalanan menaiki kenderaan khas tentera APC.

Walaupun sukarelawan lain hampa kerana tidak dibenarkan untuk masuk oleh pihak tentera, perkara yang melegakan, kesemua barang termasuk ubat-ubatan dan barangan bantuan seberat 20 tan dibenarkan masuk.

Ucapan terima kasih kepada Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dato Ku Jaafar Ku Shaari di atas usaha diplomasi sehingga pihak tentera Mesir memberi kelonggaran kepada rombongan misi bantuan kemanusian KP1M dari Malaysia untuk masuk. Jazakallahukhairan.

Difahamkan juga Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim benar-benar bertungkus lumus dari awal misi sehingga ke hari ini demi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memudahkan urusan Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan rombongan.

Mohon doa dari semua semoga misi ini berjaya supaya bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan.

Post a Comment

0 Comments