'JIHAD' SEKS : PDRM NAFI DEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN KEPADA PORTAL THE MALAYSIA INSIDER

Oleh : Jebat

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan badan itu telah mendedahkan maklumat mengenai penglibatan tiga wanita Malaysia terlibat dengan kumpulan Negara Islam Iraq & Syria (ISIS) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Memetik kenyataan dari Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang dikeluarkan oleh portal berita tersebut bukan diperolehi dari sumber rasmi jabatan itu.

“Polis akan mengambil tindakan susulan bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut demi memelihara kepentingan dan nama baik negara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook Rasmi PDRM pada 27 Ogos 2014 jam 2.30 petang.



Berdasarkan laporan berita yang ditulis oleh Lee Shi-Ian di Portal The Malaysia Insider bertarikh 27 Ogos 2014, portal berkenaan mendakwa bahawa, berdasarkan sumber maklumat yang mereka perolehi dari seorang pegawai risikan, dipercayai bahawasanya terdapat tiga wanita Malaysia terlibat dalam gerakan militan ISIS

Portal itu turut memetik, wanita terbabit turut terlibat dalam Jihad al-Nikah iaitu sebuah konsep perjuangan yang dikatakan dimana seseorang wanita menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. 

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.