Oleh : PMO

Syabas dan tahniah kepada semua bakal-bakal Mahasiswa dan Mahasiswi yang berjaya mendapat tempat di IPTA Seluruh Malaysia.

Jangan nak kesahkan sangat anda dapat UMS, UNIMAS, UTHM, UiTM, UMK, UMT, UNIMAP, UPNM, UNIZA, USIM, UMT, UUM manakala kawan anda dapat UM, UKM, UPM, USM, UTM atau UIAM. Tak ada apa yang membezakan anda dengan mereka. Jika mereka mahasiswa, anda juga mahasiswa.

Apa yang penting, jangan tinggal solat, rajin berusaha, aktif, dan jangan malas.

Selain itu, kalau nak berpersatuan atau berpolitik pun, berpada-padalah. Janganlah kerana terlalu gila berpersatuan atau berpolitik sehingga anda melupakan tugas hakiki anda sebagai mahasiswa iaitu belajar. Lihatlah kepada sejarah abang-abang dan kakak-kakak anda yang telah di 'kick' gara-gara aktif berpolitik tetapi pasif dalam akademik. Seimbangkanlah.

Gunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Gunakan setiap ruang yang ada di Universiti untuk menimba ilmu. Perahlah dan torehlah segala ilmu dari para-para Proffesor, Doktor-Doktor Falsafah yang sudah sentiasa bersedia membantu anda dalam pelajaran.

Penuhilah ruang-ruang perpustakaan di kampus-kampus anda. Bukannya memenuhi ruang-ruang jalanan untuk berdemonstrasi dalam perkara-perakara yang anda sendiri kurang arif.

Dan khususnya kepada bakal peminjam PTPTN. Usahalah mendapatkan 'Kepujian Kelas Pertama'. Ini kerana PTPTN akan mengubah status pinjaman kepada biasiswa sekiranya anda berjaya mendapat status 'kelas pertama' di akhir tahun pengajian anda.

Semoga anda semua berjaya menjadi seorang manusia yang berguna di masa akan datang kepada ibu bapa dan keluarga anda khasnya, dan kepada bangsa dan negara amnya.

Salam sayang daripada kami :

- Jebat
- RPM
- Putera
- PMO
- AJ