POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

PENUNJUK PERASAAN PRO-PALESTIN 'TAWAN' PARLIMEN BRITISH

LONDON : Kumpulan penunjuk perasaan pro Palestin hari ini memancarkan visual berupa bendera Palestin ke Banggunan Parlimen sebagai tanda menggesa agar pihak British mengambil langkah-langkah tertentu bagi menekan regim Israel supaya menghentikan serangan ke atas semenanjung Gaza. 

Selain visual yang memaparkan bendera Palestin, kumpulan berkenaan turut memaparkan slogan 'Bebaskan Palestin' diatas visual bendera berkenaan.

Tindakan penunjuk perasaan pro-Palestin dikritik oleh Timbalan Presiden, Perwakilan Yahudi Britain yang menganggap tindakan kumpulan berkenaan sebagai satu perbuatan yang 'menyinggung perasaan orang awam British.



Tambahnya, pihak yang memaparkan visual tersebut adalah pihak pelampau yang tidak releven.

"Tindakan mereka ini di dorong kerana rasa kebencian terhadap Israel" ujarnya.

Pada minggu lalu, seramai 45,000 orang telah berarak di tengah-tengah Kota London bagi memprotes tindakan Israel di Gaza. Demonstrasi yang sama turut berlaku di sekitar bandar-bandar utama di Britain. 

Sejak serangan bermula, lebih 1,400 rakyat Palestin telah dibunuh, dengan peratusan yang besar menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Sumber : RT

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.