Daripada : Abu Amru Radzi Othman & Abu Amirul
Bukankah sebelum ini telah Allah khabarkan bahawa Kerajaan Yahudi itu diwariskan kepada Daud dan kemudian Sulaiman.
Begitu juga Nabi masih meneruskan di beberapa negara yang tunduk kepadanya untuk terus di tadbir oleh para raja.
Malah Nabi bersabda bahawa setelah khalifah berlalu 30 tahun maka pemerintahan akan dikuasai oleh para Raja.
Dan harus sedar bahawa setelah Kewafatan Ali, cucu banginda mengambil alih kepimpinan sebelum diserahkan kepada adik ipar Rasulullah saw.
Seterusnya Hussein ingin mengambil semula jawatan dari Bani Umawiyah tetapi diingatkan oleh kaum kerabat Nabi yang lain akan sabda Rasul: "Ahlil Bait tidak akan lagi memegang kekhalifahan sampai akhir zaman".
Lantas perhatikan lah tentang sebuah kalimat:
"Sultan adalah naungan Allah di Bumi. Sesiapa yang menghinakan maka Allah akan menghinanya. Sesiapa yang memuliakan maka Allah akan mulia kannya" (HR Al Baihaqi)
Apakah kalimat ini terpacul dari mulut lelaki gila seperti pengikut akidah khawarij sekarang atau diungkapkan oleh Kekasih Ilahi?
Lantas apa yang ingin kita bicarakan kepada Nabi tatkala Nabi menyuruh kita memuliakan sultan?
Juga apakah kita cuba mengingkari bahawa Allah yang menghidupkan dan mematikan, menjadikan siang dan menutupnya dengan tirai malam.
Ini adalah satu contok kepintaran yang perlu Wan Ji pelajari jika dia kurang menyenangi dengan kewujudan institusi raja/sultan. |
Hatta naik dan jatuh nya sebuah pemerintahan adalah di bawah ilmu Allah dan ketentuan dari Nya.
Lantas Ibnu Qayyim menulis dalam Ad Daa' wad Dawaa':
"Dari Malik bin Dinar, dia berkata: Aku pernah membaca di dalam satu riwayat bahawasanya Allah berfirman: 'Aku adalah Allah yang Menguasai para Raja. Dan hati mereka berada di tangan Ku. Jika mereka mentaati ku maka Aku jadikan mereka sebagai rahmat. Namun apabila mereka durhaka kepadaKu maka Aku jadikan mereka sebagai azab. Justeru janganlah kalian menyebokkan diri dengan mencaci para Raja. Tetapi bertaubatlah kepadaKu. Nescaya Aku akan jadikan mereka mengasihi kalian"
Riwayat Ibnu Hibban, At Thabari dari jalan Malik bin Dinar secara marfu'. Tetapi Al Haithami menganggap riwayat ini cacat kerana wujud Wahb bin Rasyid yang dia anggap tertolak.
Ini dapat kita fahami jika kita mengkaji 3 kategori ulama jarh Wa ta'dil di mana Ibnu Hibban dan At Thabari termasuk ulama yang jenis 'longgar' penilaian terhadap menghukum kredibiliti rawi.
Namun makna yang dikandung dalam riwayat tersebut adalah sahih berdasarkan banyak riwayat sahih lain.
Mencela pemimpin
Daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan:
كُنْتُ مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ
Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Sahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً وَأُمُورًا تُنْكِرُونَهَا قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ
“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:
“Tunaikanlah kepada para pemerintah hak-hak mereka (sebagai pemimpin) dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)
Komen PenaMinang.com : Ingat!!! Wan Ji bukan nak menghapuskan 'individu' bergelar raja, sebaliknya dia bercita-cita menghapuskan 'sistem beraja' di tanah air kita. Jadi kalau sistem yang diiktiraf dalam Islam ini pun nak dihapuskan, dan nak digantikan dengan sistem republik, takkan anda tak terfikir sejauh mana rosaknya aqidah mangkuk hayun sahabat karib lagi rapat Muzabzib Al-Oxfordi ini.
Artikel terdahulu :
http://www.penaminang.com/2013/08/game-wan-ji-untuk-menghapuskan.html#axzz3CgFevZLq
http://www.penaminang.com/2014/09/maki-sultan-kawan-baik-muzbzib-wan-ji.html#more
http://www.penaminang.com/2014/09/ideologi-khawarij-dalam-wan-ji.html#axzz3CgFevZLq
1 Comments
antara calon-calon yang perlu dimasukkan dalam penjara jika masih ada ISA. malangnya najib dah mansuhkan, apa nak buat...
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.