KELEBIHAN ORANG GEMUK BERDASARKAN KAJIAN SAINTIFIK

Oleh : Saiful Bahri Kamaruddin

Kegemukan mungkin tidak kelihatan menarik kepada mereka yang mahu jaga badan, tetapi kajian yang dilakukan oleh saintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa berat badan berlebihan boleh memberi beberapa faedah kepada orang lelaki, seperti mempunyai tulang yang lebih kuat dan kurang menghidapi penyakit osteoporosis pada usia lanjut.

Pasukan penyelidikan UKM di Fakulti Perubatan termasuk Dr Elvy Suhana Mohd Ramli mendapati bahawa peningkatan Indeks Jisim Badan (BMI) mempunyai kaitan langsung dengan kesihatan tulang melalui kepadatan mineral tulang dan ultrasonografi kalsium.

Dr Elvy Suhana, pensyarah Anatomi di fakulti itu memaklumkan bahawa pertambahan sejenis lipid, atau lemak, boleh merangsangkan pengeluaran hormon dalam tubuh yang menguatkan tulang hingga dapat pertahankannya daripada penyakit osteoporosis.

Osteoporosis adalah suatu penyakit kehilangan jisim dan kekuatan tulang yang membawa kepada peningkatan risiko patah, biasanya terhadap wanita yang putus haid.

Penyelidikannya itu adalah untuk membandingkan jumlah lipid atau lemak dan kekuatan tulang. Beliau berkata dipercayai sistem rangka manusia pada umumnya berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pembebanan di mana berat badan juga dipengaruhi oleh lemak badan melalui leptin, sejenis hormon yang dirembeskan oleh adipocytes putih dalam darah.

Anggota lain pasukan penyelidikan itu terdiri dari Drs Kok-Yong Chin, Ima Nirwana Soelaiman, Isa Naina Mohamed, Fairus Ahmad, Amilia Aminuddin dan Wan Zurinah Wan Ngah dari Jabatan-jabatan Farmakologi, Anatomi, Fisiologi dan Biokimia.

Menggunakan tikus sebagai subjek ujian dan membandingkan korelasi kepada manusia, penambahan berat badan didapati meningkatkan jisim tulang tikus, tetapi kemasukan melalui sistem saraf dan otak menghasilkan kesan negatif ke atas jisim tulang tikus. Oleh itu, adalah jelas bahawa komposisi badan kita mempengaruhi kawal selia ke atas kesihatan tulang dengan pembebanan (melalui BMI) dan leptin (melalui lemak badan).

Indeks jisim badan (BMI) atau indeks Quetelet, adalah nisbah berat berbanding ketinggian. Lagi besar BMI, lebih gemuk orang itu.

Kajian mereka mendedahkan hubungan timbal balik antara sistem rangka dan obesiti dan metabolisme lipid, yang diseliakan oleh osteocalcin, protein osteoblast. Kajian itu bertujuan mengesahkan hubungan antara serum osteocalcin dan indeks obesiti BMI dan parameter lipid dalam sekumpulan lelaki Malaysia.

Seramai 373 orang dari Kajian Penuaan Lelaki Malaysia telah dimasukkan ke dalam analisis. Maklumat latar belakang subjek, BMI, lemak badan (BF), berat badan, ukuran pinggang, osteocalcin serum dan tahap lemak ketika subjek berpuasa telah dikumpulkan.

Terdapat jumlah osteocalcin serum ketara apabila berkaitan dengan berat badan berlebihan dan jumlah lemak pada lelaki Malaysia. Wujud juga hubungan positif antara osteocalcin serum dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kesimpulannya osteocalcin serum dikaitkan dengan indeks obesiti dan tahap HDL pada lelaki. Bagaimanapun, Dr Elvy Suhana mencadangkan hubungan itu perlu disahkan melalui kajian yang memanjang dengan ujian profil hormon menyeluruh.

Kajian Dr Elvy Suhana dan pasukannya dijalankan sebagai sebahagian daripada Kajian Penuaan Lelaki Malaysia bertujuan menilai pelbagai perubahan fisiologi lelaki Malaysia, terutama orang Melayu dan Cina.

Pengambilan sukarelawan untuk kajian itu dilakukan dari September 2009 hingga September 2011. Seramai 840 orang lelaki berusia 20 tahun ke atas menawarkan diri untuk kajian itu dengan 373 orang daripada mereka menderma serum untuk osteocalcin dan menjalani ujian Terminal-C silang kolagen telopeptide (CTX) .

Tiada perbezaan ditemui antara orang Melayu dan Cina pada pengukuran umur, parameter badan mereka (kecuali tinggi) dan profil lipid. Walau bagaimanapun, perbezaan yang signifikan dalam osteocalcin serum dan CTX diperhatikan di antara kedua-dua kumpulan etnik.

Tahap kedua-dua penanda pembentukan semula tulang adalah lebih tinggi pada orang Melayu berbanding Cina. Ini menunjukkan bahawa keputusan perlu diselaraskan berdasarkan kaum.

Sumber : http://www.ukm.my/

Post a Comment

0 Comments