POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

KENYATAAN MEDIA PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA MENGENAI STATUS PERSATUAN UMMAH SEJAHTERA MALAYSIA #PasMa

KENYATAAN MEDIA 
YBRS. TUAN MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA
MENGENAI PERSATUAN UMMAH SEJAHTERA MALAYSIA 
09 SEPTEMBER 2014, PUTRAJAYA

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan bahawa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), selaras Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] pada 11 Ogos 2014 dengan No. Pendaftaran PPM-021-02-11082014 beralamat di No. 21, Tingkat Atas, Kompleks Jitra, 06000 Jitra, Kedah. Senarai Ahli Jawatankuasanya adalah seperti berikut:

i – Pengerusi : Mohamad Faiz b. Mohd Taib;
ii- Timbalan Pengerusi : Muhamad Hisomudin b. Bakar;
iii- Setiausaha : Mohd. Taib b. Ahmad;
iv- Pen. Setiausaha : Mohd Iqbal b. Mohd. Shariff;
v- Bendahari : Mohd. Rosli b. Abu Bakar; 
vi- Ahli Jawatankuasa : Mohamed Zainal b. Hussin;
vii- Ahli Jawatankuasa : Sheikh Umar Bagharib b. Ali; dan
viii- Ahli Jawatankuasa : Mohamad b. Abdul Razak.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamatkan untuk menjalankan aktiviti dan program kebajikan kemasyarakatan dan kerja-kerja amal dan bukannya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Namun sekiranya pihak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai di dalam aktiviti-aktiviti politik atau mencapai apa-apa matlamat untuk melibatkan penyertaannya atau calon-calonnya ke dalam pemilihan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan, pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan pendaftaran baru dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara.

Walau bagaimanapun, sehingga kini JPPM tidak menerima apa-apa permohonan pendaftaran baru pertubuhan tersebut untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.