PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM SESI 2 2014/2015 - KEMASUKAN MAC 2015

Oleh : AJ

Tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengambilan ke 2 melalui sistem UiTM pengambilan pelajar dibawah kuasa UiTM sendiri.

Nota :

Kami selalu terdengar ayat-ayat yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar UiTM yang masuk belajar pada sesi 2 merupakan pelajar-pelajar rayuan.

Ini adalah fakta yang salah.

Pelajar yang masuk belajar pada sesi pertama di UiTM (Pengambilan Jun/Julai) adalah pelajar yang dipilih melalui sistem Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan kebanyakkan Universiti di Malaysia menerima nama pelajar yang telahpun diagih-agihkan oleh KPM. UiTM juga tidak terkecuali

Namun UiTM telah diberikan kuasa yang khas untuk mengurus pengambilan pelajar bagi sesi kedua selepas selesai sesi pertama (pengambilan pelajar sesi Julai - Jun dibawah seliaan KPM).

Dengan kata lain, mahasiswa yang memasuki UiTM pada intake ke-2 ini merupakan 100% pilihan UiTM.

Jadi kepada Mahasiswa 2nd Intake, jangan kecil hati. Jika anda berjaya terpilih memasuki UiTM pada sesi 2 ini, ketahuilah anda dipilih sendiri oleh UiTM.

Maklumat lanjut layari : http://online.uitm.edu.my/


Post a comment

0 Comments