Oleh : Yuogawathy Veeranan
SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad bakal memperkenalkan kenderaan baru Iriz dengan gaya pemanduan sebelah kiri.
Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, Iriz dengan gaya pemanduan baru itu bakal dieksport ke negara Eropah tempoh enam bulan lagi.
Bagaimanapun, jelas Tun Dr Mahathir, tumpuan pemasaran Iriz kini adalah pasaran domestik.
Sehingga kini, permintaan terhadap Iriz sudah mencecah tujuh belas ribu unit.
Katanya, bukan mudah untuk mengeluarkan satu unit yang besar dalam tempoh masa yang singkat malah ada pembeli yang perlu menunggu untuk mendapatkan giliran mereka.
“Kita akan mengeluarkan kereta Iriz versi panduan tangan kiri keran 70 peratus pasaran dunia menggunakan panduan sebelah kiri.
“Justeru untuk mengeksport kereta ini ke luar negara kita perlu ada pemanduan tangan kiri dan pihak kita kini sedang mahir dalam bidang terbabit. Mereka boleh menukar model asal ini kepada pemanduan sebelah kiri,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, adalah penting untuk mengeksport kereta keluaran Proton ke luar negara kerana pasaran domestik sangat terhad selain jumlah pesaing yang tinggi dalam industri autombil negara.
Beliau turut memaklumkan, Proton kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan versi baru Proton Saga dan kereta Proton lain.
Namun katanya, ia akan mengambil masa yang agak panjang dan bergantung kepada keberkesanan reka bentuk pembuatan Iriz dan serta tahap permintaan terhadap kenderaan itu.
Jelas beliau, permintaan Iriz di pasaran domestik akan melakar platform baru kepada Proton untuk mempertimbangkan versi baru bagi model kereta lama.
Tun Dr Mahathir berkata demikian selepas memperkenalkan Prototype Proton Iriz Active di Proton Centre of Excellence Complex shah alam.
Sumber : abnxcess.com
1 Comments
berapa harga kalu di eropah ..??
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.