langit dan bumi kembang bersama
kami kini mendaki ke puncak
ke belakang tidak walau setapak.
Kami tidak lagi akur sepanjang kata
kalau yang berkata lidah bercabang
kami tidak lagi menganggap putih berdewa
kerana kami sudah faham menimbang.
Kedatanganmu dahulu kami persila
jika hitam engkau bawa itu terserah
usah nanti disesali apa menimpa
usah nanti disesali susu tertumpah.
Jika kami telah tua dalam mengetahui
keahlian engkau berkayu tiga
penghisapanmu telah larut kami rasai
katamu di bumi ini, ooo lazatnya!
Hari ini di pusat parlimen dan merata
tenaga bersatu dan suara sekata :
persetan, pergi jahanam engkau bapa tiri
tanpamu kami bisa pahat sejarah baru.
1966
Mastika, November 1966
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.