Oleh : AJ
Tun Mahathir sudah menemui 'kerja baru' selepas lama bersara menjadi Perdana Menteri. Selepas dilantik semula menjadi pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir kini mengorak langkah dalam bidang kreatif - Pengiklanan.
Dengan menggunakan dirinya sebagai 'model', Tun Mahathir memandu Proton Iriz di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai - Pavilion Kuala Lumpur.
Walaupun cerita mengenai Tun M katanya beliau hendak bersarapan di Kedai Roti miliknya - The Loaf. Tapi ketahuilah, misi utama Tun Mahathir adalah untuk mengiklankan Proton kepada pengunjung yang melawat kawasan segitiga emas Kuala Lumpur itu. Dalam masa yang sama Tun M mahu membuktikan bahawa, Proton kini bersedia untuk lebih maju dan berdaya saing sekaligus meleyap cakap-cakap belakang selama ini yang hanya menganggap Proton sebagai pengeluar kereta kelas dunia ke 2.
Lihat gambar lain disini : http://paultan.org/2014/09/14/proton-pcc-undisguised-driven-tun-mahathir/
3 Comments
Proton, kalau nak maju dan berdaya saing patut lebih teliti memilih aksasori ... buang saje aksasori yang tak berkualiti ... jangan sebab nak membantu vendor melayu ...maka proton yang mendapat nama yang buruk. Bagi kata dua pada vendor2 ni agar jujur dalam menyediakan aksasori.
ReplyDeleteSebenarnya proton OK cuma aksasorinya macam sampah.....
Tidak lupa juga upgrade salesman Proton.... pengalaman dgn salesman Proton sgt mengecewakan... #warna bestari ipoh
ReplyDeleteCer tengok panel suis tingkap proton preve, kualitilah sgt...!!! Bila komplen kenapa longgar , pusar servis kata semua mcm tu.... Pasang body, bonjol sana bonjol sini. Aku agak semuanya kerana nk murah. Beri kerja kpd budak2 lepasan spm yg tak lulus. Bila kerja sekolah selalu tak buat, malas dtg sekolah dan selalu lawan cikgu, tengoklah hasilnya. Teliti macam.....jamban.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.