MB KELANTAN YAKIN BAJET 2015 UNTUNGKAN RAKYAT

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan menjangkakan Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini akan memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan sederhana.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beliau yakin kerajaan akan memfokuskan kepada golongan itu bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

“Mungkin ada berita baik untuk rakyat khususnya golongan sederhana supaya nasib mereka akan diberi perhatian dalam bajet kali ini.

“Itu harapan kita kerajaan negeri kerana apa yang penting adalah kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

“Kita harap bahawa bajet yang dibentang akan beri kebaikan kepada rakyat terutama apabila berhadapan dengan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan kenaikan harga minyak,” katanya.

Sumber : Bernama / Abn News

Post a Comment

0 Comments