[Gambar Hiasan] |
Grace Gedler berbuat demikian selepas bosan dan putus asa kerana tidak mempunyai teman hidup yang sesuai.
Justeru, dia membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri yang dianggap boleh hidup bersama sehingga ke akhir hayat.
Gedler juga dikatakan melamar dirinya dengan mengambil gambar selfie dan menjalankan majlis persandingan yang dihadiri 50 orang tetamu.
Menurut laporan Guardian, Gedler mengambil keputusan nekad itu selepas mendapat ilham daripada lagu berjudul Isobel hasil karya Bjork.
Lagu berkenaan mempunyai sebaris lirik berbunyi ‘Nama saya Isobel, berkahwin dengan diri sendiri’.
Ekoran itu, Gedler melamar dirinya sendiri di Parliament Hill, utara London pada November lalu dan kemudian membuat keputusan berkahwin pada bulan Mac.
Majlis berkenaan disaksikan sahabat handainya termasuk kakaknya. Majlis perkahwinan itu kemudian dilengkapkan dengan Gedler mengucup cermin.
Keputusan itu dibuat selepas dia hidup tanpa teman lelaki selama enam tahun dan kemudian nekad untuk membuat hubungan yang sangat baik dengan dirinya sendiri.
“Beberapa orang mempertikaikan perkara ini. Namun apa yang nyata saya telah mengumumkan perkahwinan dengan diri sendiri. Ini bukan khayalan.
“Saya benar-benar selesa dengan motivasi diri. Saya menggunakan pendekatan meditasi, menari dan membuat persembahan bagi meningkatkan kesedaran diri.
“Ini termasuk program Shakti Tantra yang fokus kepada seksual dan bagaimana ia dikaitkan dengan perjanjian dengan diri sendiri serta orang lain,” katanya.
Walaupun tidak mempunyai banyak pilihan kerana perlu hidup dengan diri sendiri untuk sepanjang hidupnya, Grace mengakui agak gelisah sebelum berkahwin.
Namun dia kini berjaya melaluinya dan berasakan sudah berkeyakinan dan tidak lagi ‘single’.
Sumber : ABN Xcess
1 Comments
Dia nak boddo sorg...biaq pii laaa....
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.