Oleh : AJ
Ucapan yang meluap-luap. Sorakkan yang bersahut-sahutan. Teriakkan yang menggamatkan, antara elemen 'drama bersiri' yang akan sentiasa dilakukan setiap kali berlansungnya Perhimpunan Agung UMNO.
Tidak ada sebarang pembaharuan melainkan gesaan demi gesaan dari pimpinan tertinggi UMNO untuk 'meremajakan semula' pertubuhan keramat bangsa Melayu ini.
Tidak tahu apa yang tidak kena, namun aku merasakan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah satu 'ulang tayang' kepada ucapan-ucapan yang lalu. Sekaligus membuktikan bahawa betapa benaknya segelintir ahli UMNO untuk melakukan 'jihad' politik.
Mengapa aku memilih perkataan Jihad? Ini kerana Jihad adalah satu manifestasi perjuangan tertinggi dimana seseorang itu sanggup berkorban jiwa dan raga bagi memastikan matlamat kedaulatan agama dapat ditegakkan. Dan dalam konteks UMNO, jihad politik yang aku maksudkan ialah kesanggupan pimpinan berumur untuk berundur dan memberi peluang kepada golongan muda untuk memperlihatkan bakat kepimpinan mereka.
Namun sejauh manakah diantara mereka yang mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO ini menghadam setiap bait-bait ucapan berkenaan? Atau ucapan tersebut hanya didengari oleh perwakilan sebagai satu 'bebelan' yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan?
Cerita mengenai nak meremajakan UMNO bukan cerita baru. Ianya adalah cerita lama sejak PM Najib mula mengambil alih UMNO dari pimpinan Mantan Presiden dan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Namun walaupun telah berkali-kali disebutkan mengenai hal ini,ianya tetap dipandang sepi oleh kebanyakkan ahli UMNO amnya dan kepimpinan UMNO cawangan khasnya.
Barangkali kerusi empuk bergelar Ketua Cawangan / Ketua Bahagian / Ketua Biro / Ketua Puteri / Ketua Pemuda / Ketua Wanita membuatkan mereka terlena dengan jawatan berkenaan, sekaligus merasakan bahawa jawatan tersebut hendak dibawa kemati. Tanpa menafikan setiap orang mempunyai cita-cita yang tinggi dan impian tertentu, tidakkah terfikir mereka, dengan usia yang semakin menganjak ke tempoh barzakh, seharusnya urusan kepolitikkan ini diserahkan kepada mereka yang lebih bertenaga dan mempunyai kekuatan dari sudut fizikal dan mental.
Akhir kalam, jika kesemua mereka ini masih terlalu sayangkan jawatan dan kedudukan, aku merasakan tidak ada guna membicarakan mengenai perihal ini lagi. Maka apa yang dapat kita perhatikan nanti Perhimpunan Agung UMNO ini hanyalah satu medan tahunan program mengangkat tangan, bersorak, berdiri dan menepuk mengikut arahan ketua.
3 Comments
Lihatlah betapa KURANG AJAQ dan ANGKUHnya pemimpin MUDA-LIBERAL dlm. PEMUDA UMNO ni; baru setahun jagung; jgn. ingat nak RAMPAS kuasa sesuka hati dlm. 'rebellion'; seolah pemimpin yg. lebih tua dan matang dah TAK berguna; dan tidak perlu dihargai! Dahlah cakap tak serupa bikin selama ni - si golongan BUDAK-MENTAH-LIBERAL Pemuda UMNO yg. terlalu ANGKUH ini!
ReplyDeleteDahlah masa Konvensyen, si Pemuda UMNO termasuk si ROMEO-PENGEPIT-BETINA-KIRI-KANAN, baru berlagak nak menjadi HERO -kalah-BOLLYWOOD! Sedgkan NGO-NGO Islam/Melayu yg. dituduh mereka sbg. ‘radikal/ekstremis/kolot’lah - yg. BERSUSAH-PAYAH, termasuk pemimpin/warga pertengahan/TUA, yg. MEMPERTAHANkan Islam/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!
Lihat di -
http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-swastakan-perjuangan-melayu-1.29667, Jangan swastakan perjuangan Melayu:Pemuda UMNO akan jadi pejuang sampai bila-bila, 27 November 2014:
UALA LUMPUR 26 Nov. - Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan tersebut perlu berada di barisan hadapan dan menjadi pejuang kepada Melayu serta bumiputera sampai bila-bila.
Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda UMNO akan sentiasa berada dalam nilai-nilai kesederhanaan dan menolak anasir radikal serta ekstremis yang boleh menggugat perpaduan rakyat.
"Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita.
"Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.
“Jangan sekali-kali menswastakan perjuangan untung nasib orang Melayu ini kepada mana-mana pihak melainkan hanya Pemuda UMNO, kita akan menjadi pejuang sampai bila-bila,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, peremajaan parti harus bermula dengan perubahan pemikiran ahli-ahli UMNO dan tidak berada di takuk lama.
Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan gaya hidup digital yang diamalkan oleh generasi muda sejak hampir 10 tahun lalu.
“Peremajaan parti mesti berlaku dalam konteks peremajaan minda, hal ini tak guna kalau kita mempunyai ramai pemimpin pemuda yang kita ketengahkan tetapi pemikiran kita di takuk lama, pemikiran kolot masih kita amalkan," katanya.
Makcik Sambal Belacan.
Inilah Pemuda UMNO-LIBERAL yg. makin melahirkan jenerasi-yg-tak-BIADAP-pd.yg—lebih-TUA/BERJASA, hanya kerana umur mereka! UMNO adalah kepunyaan semua lapisan termasuk yg. dah TUA!
ReplyDeleteTengok seorg. Lagi ni, sampai pi kutuk sesama Islam “Arab/Bangla“ – kononnya mereka menguasai KL ni; awat tak berani nak kutuk PENDATANG KAPIRDAJAL Cina/India-RASIS pula?!
Kalau pun nak PERTAHANKan hak Bumiputera mcm. HERO-BOLLYWOOD-hanya-waktu-Konvensyen; TAK payahlah nak sewenangnya MENGHINA pemimpin Islam/Melayu yg. lebih tua yg. banyak JASANya hanya kerana umurnya, serta saudara se Islam kita (yg. ramai dari rakyat Islam BANGLADESH cari kerja kat sini sebab KEMISKINAN); tetapi TAKUT pula nak MENGHINA PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS CIna/India!
http://www.utusan.com.my/berita/politik/tubuh-jabatan-pantau-tanah-orang-melayu-1.29704, Tubuh jabatan pantau tanah orang Melayu , 27 November 2014
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa satu jabatan baharu diwujudkan di bawah pihak berkuasa pentadbiran Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya khusus untuk memantau serta mengawal selia aktiviti pembangunan di ketiga-tiga wilayah berkenaan supaya tidak menjejaskan kepentingan hartanah bumiputera pada masa depan.
Gesaan itu dibangkitkan oleh wakilnya, Wan Shahrul Nizam Wan Othman yang mana beliau mahu jabatan berkenaan jika ia benar-benar ditubuhkan harus dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Hartanah Bumiputera.
Katanya, idea jabatan itu diutarakan susulan perkembangan terkini di Kuala Lumpur yang menyaksikan kampung dan tanah milik orang Melayu di ibu kota itu semakin lenyap kerana aktiviti pembangunan sehingga menyebabkan mereka terpaksa beralih ke kawasan pinggir bandar.
“Pembangunan berlaku begitu pesat, tetapi di sebalik pembangunan itu orang Melayu dan Bumiputera diketepikan. Itu yang menghairankan kita kerana Perdana Menteri, menteri-menteri, pegawai kerajaan dan parti yang memerintah negara ketika ini kesemuanya adalah Melayu.
“Tapi apabila pembangunan dilaksanakan, orang Melayu dipinggirkan. Seolah-olah orang Melayu mahu dikeluarkan dari Kuala Lumpur dan yang tinggal hanya Arab, Bangla,” katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu, di sini hari ini. .....
Menurutnya, UMNO tidak boleh digolongkan sebagai 'parti tua' yang merujuk kepada ramainya pemimpin yang memegang jawatan tertentu melibatkan tempoh yang terlalu lama.
“Ada ketua bahagian pegang jawatan sampai 20 hingga 30 tahun, suddah-sudahlah...bagi peluang kepada orang muda pula. Ini yang menyebabkan parti kita tidak popular,” katanya.
NENEK TUA Sambal Belacan.
PEMBETULAN: (perenggan pertama- ARTIKEL 2)
ReplyDeleteInilah Pemuda UMNO-LIBERAL yg. makin melahirkan jenerasi-yg--BIADAP-pd.yg—lebih-TUA/BERJASA, hanya kerana umur mereka! UMNO adalah kepunyaan semua lapisan termasuk yg. dah TUA!
NENEK TUA Sambal Belacan.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.