POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

ANWAR IBRAHIM NI BISEKSUAL ATAU HOMOSEKSUAL??



Teks dipetik dari : Al Faedah

Anwar: Are you homosexual or bisexual? Apa yang menarik tentang video ini ialah satu soalan dari penemuramah tentang seksualiti Anwar. Soalan dia ialah "Are you homosexual or bisexual?". Soalan terpaksa diulang hingga 4 kali untuk dijawab dan tidak pernah sekalipun satu jawapan yang terus terang dan tegas diterima.

Yang peliknya ialah...Anwar tidak terus menjawab yang dia adalah seorang normal dan bukan seorang homoseksual mahupun biseksual.

Sebaliknya beliau menceritakan dengan panjang lebar tentang latarbelakang kesnya di mahkamah yang sudah diketahui umum. Anwar juga bercerita tentang dia ada isteri dan 6 orang anak. Orang yang mempunyai kecenderungan bisexual pon boleh kawin dan berkeluarga macam biasa. Itu bukanlah menjadi ukuran atau sekatan bagi biseksualiti seseorang.

Penemuramah memberi satu soalan yang biasa dan tidak berbaur politik atau prejudis..Kenapakah Anwar perlu berdolah dalih dengan sedemikian cara.

Anwar juga menyatakan ini dalam jawapannya: "Whether a person is bisexual or homosexual, it's a..personal matter.."

"Tak kira samada seseorang itu biseksual ataupun homoseksual, itu adalah urusan peribadi." jelas beliau.

Sememangnya bersesuaian lah dengan konsep Islam Liberal yang mana persoalan yang dipandang sangat besar kesalahnya oleh ALLAH SWT dan Rasul SAW dianggap remeh dan diperlekehkan sebagai suatu "pilihan" peribadi.

Jelasnya implikasi dari pandangan beliau adalah isu seksualiti seseorang itu adalah urusan peribadi, baik pemimpin sekalipun. Walaupun seksualiti seseorang itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia sepertimana digariskan oleh Al Quran dan Sunnah, menurutnya ia merupakan urusan peribadi semata.

Akhirnya pemberita berkata, "You've been through some tough times..", sambil ditambah oleh Anwar secara berseloroh, "including some tough questions..."

Sangat menghairankan. Sememangnya nampak sangat sukarlah bagi Anwar untuk menjawab satu soalan yang sangat mudah seperti itu. 

Lupakan bab sumpah dan sebagainya. Kepada sesiapa yang ingin mewawancara Anwar lain kali, apa kata jalankan saja ujian alat pengesan bohong polygraf ("lie detector") keatasnya?

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
Loading...