PUTRAJAYA – Prosiding hujah pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan diadakan pada Khamis ini. Wakil peguam pasukan pembelaannya, Ramkarpal Singh berkata, penangguhan itu dibuat berikutan penglibatan salah seorang hakim dalam kes lain. Ramkarpal ketika ditemui media berkata, pihak pembelaan akan membentangkan hujah hari ini selepas pendakwa raya selesai membentangkan hujah balas. “Pada tahap ini, kalau saya perlu mungkin Jumaat, tapi saya ingat Khamis boleh habis,” katanya ketika mengulas mengenai kemungkinan hujah pembelaan selesai. Sementara itu, Ketua Pasukan Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berpuas hati dengan hujah yang diberikan pihaknya sepanjang prosiding tersebut. Kata beliau, pihaknya diberi banyak ruang untuk memberikan hujah dengan menyentuh pelbagai isu khususnya membabitkan bukti saintifik. “Hari ini kita menghabiskan banyak masa untuk menjawab soal DNA terutamanya soal DNA tertuduh. Saya rasa saya sudah jawab berkenaan dengan terdapatnya DNA tertuduh. Saya juga ada hujah mengenai bukan satu atau dua tetapi semuanya lebih kurang empat atau lima kesan DNA,” jelas beliau. Pihak pendakwaan mula memberikan hujah selama tiga hari sejak Jumaat lalu. Sumber : ABNXcess
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.