Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pusat  Penyelidikan & Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC) serta kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput pelajar yang berkelapangan untuk menjadi Sukarelawan Sekolah Dalam Hospital bagi aktiviti melawat kanak-kanak yang sakit di beberapa hospital yang ditetapkan. 

Terdapat 3 buah hospital yang akan terlibat seperti:
        
a) Sekolah Dalam Hospital, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur
b) Sekolah Dalam Hospital, Pusat  Perubatan Universiti Malaya
c) Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang

Segala pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi kami di talian : 03-7967 5019

"Bantulah Mereka Untuk Tersenyum"

Sekian.

b/p

PROF. DR. SAEDAH SIRAJ
Pengarah
Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC)