BERI PELUANG KEPADA CEO BARU MAS NEWCO TUNJUK KEBOLEHAN

Oleh : Mat Pe-Ning

Semenjak dua menjak ini satu Malaysia rasanya sudah mengetahui mengenai ,perlantikan Cristpoh R Muller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) MAS yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Namun yang menjadi persoalannya adalah, ramai yang membantah mengenai tindakan ini kerana dilihat kita sedang memutar untuk kembali ke zaman Kolonialisasi British. Berfikir mengenai perkara ini, tertanya juga apakah kita sudah ketandusan seseorang yang berkaliber dalam untuk menyelamatkan MAS ini daripada terus melingkup? Walau apapun, begitulah hakikatnya setiap tahun hanya kerugian sahaja bernilai ratusan jutaan Ringgit sahaja yang dicatatkan oleh MAS dan hutang itu dilupuskan begitu sahaja oleh Kerajaan Malaysia. Apakah faktor ini menyebabkan MAS terpaksa mengambil tindakan yang drastik demi menyelamatkan syarikat penerbangan ini daripada berkubur?

Walaubagaimanapun, yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini adalah kenyantaan daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ,yang menyatakan bahawa BODOHNYA Malaysia Airlines System Berhad (MAS) yang melakukan tindakan sedemikian rupa itu. Namun sejauh manakah hasilnya itu? Masih lagi belum diperlihatkan mengenai langkah-langkah yang akan dilakukan oleh bekas CEO AER LINGUS iaitu, sebuah syarikat penerbangan dari Ireland.

Memang tidak boleh akan sumbangan oleh Tun M itu yang berjaya membawa Malaysia lebih kehadapan lebih-lebih dengan tebinanya Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Oleh itu, apakah Cesar Pilli juga warganegara Malaysia yang membuat pelan rekaan KLCC ini dan bagaimana pula kontraktor dan jurutera yang dilantik untuk menyiapkan menara berkembar itu?  Menara yang pertama diberi tender kepada Hazama Corporation iaitu syarikat dari Jepun. Manakala, menara kedua diberikan tendernya pula kepada Samsung Engineering & Construction and Kukdong Engineering & Construction iaitu syarikat yang berasal dari Korea. Apakah ini merupakan hasil daripada Dasar Pandang Timur yang diamalkan itu dengan memberi kepercayaan kepada syarikat asing untuk menyiapkan KLCC?

Bersangka baik sahajalah mungkin pada waktu pembinaan KLCC ini kita masih ketandusan mereka yang  mahir dalam bidang kejuruteraan mahupun arkitek, sebab itu dicarinya orang luar untuk menyiapkan KLCC ini. Akan tetapi Kilang Besi PERWAJA yang telah gulung tikar diberikan pula kepada Eric Chia sehinggakan bankrap dan habis satu kilang menganggur disebabkan oleh kenakalan Eric Chia ini. Namun mungkin inilah faktor konkrit yang diambil oleh syarikat penerbangan MAS untuk kembali melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Tun M pada suatu ketika dahulu.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memberi kepercayaan kepada langkah penstrukturan semula MAS agar kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berprestij di rantau ASEAN. Kalau tidak sehebat Qatar Airways cukuplah sama tingginya berdiri dengan Thai Airways atau Garuda Airlines. Namun, pendekatan tunggu dan lihat haruslah digunakan dalam langkah ini.

*Penulis merupakan Mahasiswa Universiti Malaya

Post a Comment

1 Comments

  1. Ya beri peluang kepada Muller. Sekurang-kurangnya kita tak lah terkongkong dengan cara kita sahaja. Belajar dari dia kalau ada apa yang boleh dipelajari. Lagipun, bukan dia boleh buat keputusan sorang-sorang.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.