FITNAH PRU 13 PAKATAN AKHIRNYA TERBONGKAR : ISU 'PROJEK IC' MAHATHIR DI SABAH SATU TUDUHAN PALSU


Hari ini merupakan catatan sejarah terpenting dalam sebahagian besar penduduk Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di negeri tersebut mengumumkan hasil siasatan mereka.

Isu ini sudah berlarutan hampir 20 tahun seolah-olah tiada kesudahan. Daripada sekadar serangan-serangan politik dalam pilihan raya, ia akhirnya menjadi satu kepercayaan dan mantera mewujudkan perasaan benci penduduk Sabah kepada Semenanjung dan Persekutuan.

Selama 20 tahun penduduk Sabah dimomokkan bahawa kerajaan Persekutuan melaksanakan satu skim pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan tersembunyi kepada pendatang asing beragama Islam di Sabah.

Mereka mendakwa projek pemberian kewarganegaraan ini dijalankan dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan politik kepimpinan Islam di Sabah.

Dengan menggelar projek ini sebagai Projek M, pembangkang mengungkit isu ini setiap kali pilihan raya sebagai satu bukti pengkhianatan UMNO ke atas rakyat Sabah.

Akhirnya, Perdana Menteri Keenam Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Razak membuat keputusan yang mengejutkan apabila menasihat Yang Di Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Selepas 9 bulan mengadakan siasatan dengan memanggil lebih 200 orang saksi termasuk pemimpin pembangkang di sabah dan Tun Mahathir, RCI mendapati

1. Tidak ada pemberian kewarganegaraan secara tersusun dan sistematik dalam operasi hitam yang dikenali sebagai Projek M.
Suruhanjaya turut menyentuh mengenai “Projek IC” yang telah  dibangkitkan oleh saksi-saksi dari kalangan ahli politik, penulis, wartawan dan orang ramai, di mana Suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian “Projek IC” ini wujud pada semua masa yang material namun ia hanyalah berdasarkan keterangan lima (5) orang saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka di dalam pengeluaran kad-kad pengenalan secara haram.
2. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, hanya 68, 703 pendatang asing di Sabah yang diberi kerakyatan sejak tahun 1963 - 31 Ogos 2013. 

Ini bermakna dakwaan hampir sejuta orang diberi kewarganegaraan secara mudah di sabah oleh Tun Mahathir adalah palsu dan berniat jahat. 

3. RCI juga menyatakan bahawa pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti mereka adalah warganegara Malaysia sekiranya tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa mereka merupakan warganegara.



Ini bermakna jika ada sejuta pendatang asing mempunyai kad pengenalan biru pun mereka bukanlah warganegara Malaysia.

4.  Seramai hampir 500 ribu pendatang tanpa izin di Sabah telah dihantar pulang dari tahun 1991 - 2013. 

5. Bagaimanapun RCI turut mengakui bahawa terdapat sindiket dan individu yang menjual Kad Pengenalan Biru palsu.

6. RCI juga mendapati daftar pengundi pilihan raya Sabah tercemar kerana ada di kalangan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru palsu telah mendaftar sebagai pengundi.
Berdasarkan kepada keterangan yang menyeluruh, Suruhanjaya dapati bahawa terdapat orang bukan warganegara mendaftar dalam daftar pemilih tetapi tidak dapat ditentukan bilangan sebenar mereka
Pembentangan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja secara terbuka tanpa sebarang suntingan membuktikan ketelusan Perdana Menteri Najib Razak menyelesaikan isu membabitkan rakyat Sabah. 

Mohd Najib juga secara tidak langsung telah membersihkan satu tuduhan dan fitnah terhadap Tun Mahathir yang sekian lama dilontarkan oleh pemimpin politik pembangkang dan juga musuh beliau dalam Barisan Nasional.



Dengan siasatan yang diketuai oleh seorang Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak bukan Melayu, ia menutup satu episod politik hodoh dan jelik sehingga menjadikan seolah-olah Projek IC atau Projek M ini benar dan merupakan satu skandal untuk merosakkan kepentingan penduduk bumiputera Sabah oleh Persekutuan.

Tiba masanya dihentikan politik kebencian yang tidak bertempat sesama kaum, antara agama dan juga antara Borneo dengan Semenanjung. 

Mohd Najib ada keberanian melakukan sesuatu yang cuba dipendam dan dilupakan sebelum ini. 

Dipetik dari : Asas2020

Post a Comment

6 Comments

  1. Mana semua pemfitnah tegar yg tak henti2 cakap pasal projek ic ni? Mudah2an Allah laknat kamu semua.

    ReplyDelete
  2. Puak2 pembangkang lupa. Dengan sebarkan berita palsu dan tidak benar akan membuka peluang yg luas utk masuk ke neraka. Bukan dgn minum arak dan berzina saja yg boleh membuka peluang ke neraka. Hati2 lah wahai pemburu syurga.

    ReplyDelete
  3. SUAKAMLONGKANG nikan dikuasai si LIBERAL-PENYANGAK yg. MENGAGUNGkan "hak asasi/demokrasi"-SAMPAH si Barat-ZIONIS: sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan!

    Maka, yg. amat PENTINGnya, secara PRAKTIK, dan dgn. SEGERA ialah supaya DYMM YDPA melalui Majlis Raja-Raja, mengambil alih tugas MENGENDALIkan Tanah Rizab Melayu kita (juga untuk pastikan tidak dibangunkan oleh individu semata-mata; dan sebarang pembangunan hanya utk. kebajikan keseluruhan umat Islam/Melayu terutamanya yg. MISKIN/sederhana), Bahasa Melayu/Arab/Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni, serta Kesultanan Islam/Melayu/YDPA, melalui Majlis Raja-Raja dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!

    Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillahi min zalik) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah S’pura dan ISrael (yg. juga sebahagian dari NATO) yg. mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

    Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISrael sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Arab Palestin termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
  4. terlalu mudah mencipta kebohongan , terlalu mudah menyebar fitnah , mudahnya mencipta cerita demi hayat politik ,
    inilah permaian pembangkang
    ini semuanya taktik dan teknik pembangkang
    bermatlamat meruntuhkan kepercayaan dan mencipta gelombang sentimen kebencian kepada kerajaan , demi kepentingan politik pembangkang !

    ini taktik jijik dan keji pembangkang sabah

    ReplyDelete
  5. Hahaha...cai PR mane ni?? X berbunyi, berketik pun ni....caiii caiiiii...percayalah lagi sembang si Pak Jubur korang tu....amacam???

    ReplyDelete
  6. Pemfitnah patut disaman supaya lebih berdesiplin.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.