HIKMAH BERSABAR

Oleh : AJ

Setiap individu mempunyai impian yang mahu digapai. Dan disitulah bermulanya satu perjuangan bagi menggapai impina dan hasrat tersebut.

Perjuangan untuk mencapai sesuatu bukanlah semudah yang disangka. Ianya memerlukan perancangan, strategi dan pengorbanan bagi meralisasikan impian.

Namun begitu, segala perancangan dan strategi yang dirangka kadangkala tidak mengikut sepertimana yang kita mahukan.

Adakalanya hasil dari perancangan kita tersasar dari apa yang disangka. Walaupun secara datanya, ianya seharusnya memberikan hasil sepertimana yang dirancangkan.

Namun kita seringkali terlupa. Disebalik segala perancangan dan strategi yang dirangka oleh manusia, wujud kuasa terbesar yang menguasai segala-galanya.

ALLAH.

ALLAH lah yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu perancangan itu berjaya atau gagal. Berjalan dengan teratur ataupun terganggu. Berterusan ataupun tertangguh.

“Sungguh menakjubkan keadaan orang Mukmin itu. Allah tidak menetapkan suatu keputusan baginya melainkan keputusan itu adalah baik baginya. Jika ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka yang demikian itu lebih baik baginya. Jika mendapat ksesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah lebih baik baginya. Dan hal tersebut tidak akan menjadi milik siapa pun kecuali orang Mukmin.” (HR. Bukhari Muslim).

Maka dengan itu percayalah...setiap satu yang terjadi ada hikmahnya disebaliknya.

Post a Comment

0 Comments