HUKUM MEMBELI BELAH KETIKA PROMOSI KRISMAS

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Terjemahan : Jebat

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Bermuamalah dengan orang bukan Islam adalah termasuk dalam tradisi yang makruf yang dilakukan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Mereka bermuamalah dengan orang Yahudi di sekitar Madinah. Dan sebelum berhijrah, kaum muslimin juga bermuamalah dengan masyarakat musyrikin Quraisy yang merupakan musuh utama mereka.

Imam al-Bukhari juga menulis bab khusus dalam permasalahan ini;

باب الأسواق التي كانت في الجاهلية فتبايع بها الناس في الإسلام

Bab pasar-pasar di masa Jahiliyah, yang digunakan untuk jual beli masyarakat setelah kedatangan Islam.

Kemudian beliau membawa riwayat keterangan dari Ibnu Abbas,

كَانَتْ عُكَاظٌ وَمَجَنَّةُ وَذُو الْمَجَازِ أَسْوَاقًا فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، فَلَمَّا كَانَ الإِسْلاَمُ تَأَثَّمُوا مِنَ التِّجَارَةِ فِيهَا ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ ( لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ ) فِى مَوَاسِمِ الْحَجِّ

Dulu, Ukaz, Majannah, dan Zul Majaz adalah pasar-pasar di masa Jahiliyah. Setelah berkuasa, para sahabat merasa enggan untuk berdagang di sana. Kemudian Allah menurunkan firman-Nya, (yang ertinya) ‘Tidak ada dosa bagi kalian…’ ketika musim haji. (HR. Bukhari 2098).

Promosi Krismas

Terdapat beberapa keterangan para ulama yang membolehkan kaum muslimin untuk mendatangi pasar yang diselenggarakan oleh orang kafir dalam rangka memeriahkan perayaan mereka.

Al-Khallal menyebutkan keterangan dari salah satu murid Imam Ahmad, yang bernama Muhanna, beliau mengatakan,

سألت أحمد عن شهود هذه الأعياد التي تكون عندنا بالشام، مثل: طور يانور ودير أيوب وأشباهه، يشهده المسلمون، يشهدون الأسواق، ويجلبون  الغنم فيه، والبقر، والدقيق والبر، والشعير، وغير ذلك، إلا أنه إنما يكون في الأسواق يشترون، ولا يدخلون عليهم بيعهم؟

‘Saya pernah bertanya kepada Imam Ahmad tentang hukum mendatangi beberapa perayaan (nasrani) yang ada di Syam, seperti Thuryanur, atau Dir Ayub, atau semisalnya. Kaum muslimin ikut menyaksikannya dan mendatangi pasar yang digelar di perayaan itu. Mereka membawa kambing, lembu, tepung, gandum, dan barangan yang lain. Mereka hanya datang ke pasarnya, untuk jual beli, dan tidak masuk ke kuil (Gereja) Nasrani.’

Jawapan Imam Ahmad,

إذا لم يدخلوا عليهم بيعهم، وإنما يشهدون السوق فلا بأس

Apabila mereka tidak sampai masuk ke kuil orang kafir, namun hanya datang ke pasarnya, tidak ada masalah. (Iqtidha as-Shirat al-Mustaqim, 1/517).

Kemudian Syeikhul Islam menjelaskan keterangan Imam Ahmad di atas,

ما أجاب به أحمد من جواز شهود السوق فقط للشراء منها، من غير دخول الكنيسة فيجوز؛ لأن ذلك ليس فيه شهود منكر، ولا إعانة على معصية؛ لأن نفس الابتياع منهم جائز، ولا إعانة فيه على المعصية

Jawapan Imam Ahmad, yang membolehkan untuk pergi ke pasar hanya untuk membeli belah, tanpa masuk ke gereja, boleh dibenarkan. Kerana kedatangan ke pasar, tidak ada unsur menyaksikan kemungkaran, atau membantu orang kafir untuk bermaksiat. Disamping itu, jual beli dengan mereka (orang kafir) pada asalnya boleh, dan tidak termasuk membantu mereka untuk maksiat. (Iqtidha as-Shirat al-Mustaqim, 2/14).

Maka dengan itu saya berpendapat membeli barangan tertentu ketika promosi hari Natal, bukan termasuk dalam urusan membantu perayaan agama mereka.

Allahu a’lam.

Post a Comment

1 Comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.