POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

BAGAIMANAKAH KAEDAH BERSOLAT DALAM KAPAL TERBANG?

Oleh: Asy-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullaah.
Alih Bahasa: Abu Utbah Miqdad hafizhahullaah.

Soalan :

Bagaimana tata cara seorang muslim melakukan solat di dalam kapal terbang? Apakah yang utama baginya mengerjakan solat di awal waktu di dalam kapal terbang atau dia menunggu hingga pesawat mendarat di lapangan terbang, walaupun ketika itu dia akan mendarat di akhir waktu?

Jawapan:

Yang wajib bagi seorang muslim ketika waktu solat telah tiba adalah dia melaksanakan solat di dalam pesawat sesuai dengan kemampuanya. Jika dia mampu berdiri ruku’ dan sujud, maka lakukanlah.

Dan jika dia tidak mampu, maka dia (boleh) solat sambil duduk dan melakukan isyarat untuk ruku’ dan sujudnya (sujud lebih rendah daripada ruku’). Jika dia mendapat tempat di dalam pesawat untuk berdiri dan sujud sebagai pengganti dari isyarat, maka dia wajib melakukan solat dengan berdiri, ruku’ dan sujud.

Yang demikian itu berdasarkan firman Allah:


ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺎﺍﺳﺘﻄﻌﺘﻢ..

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;...” (at-Taghabun: 16).

Dan juga berdasarkan sabda Nabi ﷺ kepada’Imran bin Hushain tatkala beliau sakit:


ﺻﻞ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻄﻊ ﻓﻘﺎﻋﺪﺍ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻄﻊ ﻓﻌﻠﻰ ﺟﻨﺐ.

“Solatlah dalam keadaan berdiri, apabila engkau tidak mampu, maka solatlah dalam keadaan duduk, apabila engkau tidak mampu maka solatlah dalam keadaan berbaring”.

Yang paling utama baginya adalah solat di awal waktu, namun jika dia menundanya sampai akhir waktu untuk solat di lapangan terbang, maka tidak mengapa.Yang demikian ini berdasarkan keumuman dalil-dalil (tentang bolehnya solat di awal, tengah atau akhir waktu).

Hukum solat di dalam bas, kereta api, atau diatas kapal sama hukumnya dengan solat di dalam kapal terbang.

Allah-lah pemberi taufiq.

______________

Sumber: Fatawa Muhimmah Tata’allaqu bish Salah, kumpulan soal jawab bersama asy-Syeikh Ibnu Baaz soalan ke-27 hlm. 29-30 | Alih Bahasa: Abu Utbah Miqdad hafizhahullaah.

______________________

مجموعـــــة توزيع الفـــــــوائد

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.